Tuesday, January 14, 2014

TWEET KENCING!!! Blogger UMNO belasah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Pelik pelik pulak Sangkakala tengok perangai pemimpin pemimpin UMNO ni, semalam dah kisah kangkung meletup letup dalam laman sosial, hari ni pulak dah cerita sukar nak kencing.

Takkan la sampai cerita kencing pun nak tweet, kan dah pegang jawatan tinggi dalam pemuda, jumpa je la terus dengan menteri berkenaan bagi cadangan dan bukannya tweet untuk buktikan kebangangan.


Takkan le kerana pekerja wanita yang bersihkan tandas tu Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni boleh terkencing dalam seluar agaknya, Kalau rasa kurang selesa, mintalah tukang cuci tu keluar dulu lepas tu nak pancut serata dinding pun buatlah.

Read more ...

MANA SPRM!!!! Kenapa tak siasat dakwaan 30 Pegawai Kastam rasuah ?

KUALA LUMPUR 13 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat tindakan pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang memberikan maklumat kepada sindiket penyeludupan warga asing di negara ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tata tertib sahaja tidak memadai kerana kes itu melibatkan kegiatan rasuah, malah suatu pengkhianatan dan ancaman kepada negara.

“SPRM tidak boleh mendiamkan diri kerana isu ini tentunya memberi kesan kepada keselamatan dan memudaratkan negara,” ujarnya menambah penjualan maklumat kepada sindiket seumpama itu boleh berlaku dalam agensi kerajaan yang lain.

Read more ...