Thursday, January 10, 2013

BN HANYA MAMPU MENANG 97 KE 107 KERUSI!!! Tapi kajian Bank Islam ini ditutup oleh akhbar perdana , disiar akhbar Singapura



Kurang 24 jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak seakan menambah semangat peserta himpunan!

Bukan setakat pakar poltik mengesahkan, malah hasil kajian pakar ekonomi turut senada seirama meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang kali ini.

Ini disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.

Read more ...

JANGAN DENGAR PEMBOHONGAN UMNO!!! Perhimpunan Sabtu kekal di Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR, Jan 11 — Perhimpunan besar-besaran Himpunan Kebangkitan Rakyat akan diteruskan seperti dirancang di Stadium Merdeka esok, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) mengesahkan, memberitahu bahawa polis secara tidak rasmi meminta agar mereka memindahkan acara itu ke Stadium Bukit Jalil.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider malam tadi satu perjanjian dengan polis telah dicapai dan juga dimeterai, dengan kedua-dua pihak bersetuju dengan tempat acara dan keadaan keselamatan tertentu yang dikenakan terhadap penganjur perhimpunan.

“Tiada arahan polis dikeluarkan menyuruh kami berpindah. Saya sudah bercakap dengan OCPD (ketua polis daerah) Dang Wangi dan ia adalah perbincangan yang baik, dan semuanya teratur,” tegas beliau apabila dihubungi melalui telefon.

Read more ...

8 PERKARA AJAIB DUNIA!!! Jika Tabung Memali diseleweng tapi polis tak ambil tindakan...

Penjelasan isu 'penyelewengan' Tabung Memali


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Antara perkara yang membosankan dalam menjelaskan isu yang dibangkitkan BN ialah, terpaksa menjawab perkara yang sama berulang kali. 
Baru-baru ini Ketua Pemuda BN Kedah Badrul Hisham Hashim bersama gerombolannya menghantar ‘sijil penghargaan’ sebagai menyindir Menteri Besar, Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak kerana kononnya defisit Bajet 2013 adalah yang paling tinggi di Malaysia.

Terpaksa jelas berkali-kali…

Dalam Bajet Kedah 2013 mensasarkan perbelanjaan RM1.1 billion tetapi jangkaan hasil sebanyak RM640 juta. Maka Ketua Pemuda BN itu mendakwa defisit sebagai RM460 juta. Perkara yang sama dibangkitkan oleh ADUN BN Kuah Dato’ Ir. Nawawi Ahmad sewaktu Sidang DUN tempohari. Exco Kerajaan Negeri Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa RM460 juta bukan defisit kerana hasilnya diperolehi dari akaun berasingan, kebanyakan hasilnya dari geran Pusat.

Read more ...

NASIB PEMIMPIN PR!!! Hanya saksi kes rasuah sudah diwar-war pencacai UMNO sebagai perasuah

Isu Rasuah RM30 ribu - Saya hanya sebagai saksi - Pembantu TKM 1 P.Pinang

Kenyataan Media

Membalas Laporan Penangkapan Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang oleh Pegawai SPRM

Saya adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.

Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi.

Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:-

1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut;

Read more ...