Tuesday, December 25, 2012

KES KHAIRY FITNAH!!! Buta je, Khairy kena bayar RM 30 Ribu kepada Anwar

Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung.

Panel tiga hakim diketuai Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.

Read more ...

AES !!! Bukti Menteri ini pentingkan kroni, disokong pencacai UMNO

Kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diteruskan, bukti beliau lebih pentingkan kroni berbanding bantahan dan kehendak rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.

Mengikut Datuk Seri Kong Cho Ha, Putrajaya akan tetap teruskan operasi AES walaupun Jabatan Peguam Negara membeku semua prosiding kes saman, minggu lalu.

Beliau turut mengakui pelaksanaan sistem itu mendapat tentangan rakyat dan bermasalah dari sudut perundangan, tetapi tetap berdegil tidak akan berhenti mengeluarkan saman.

Read more ...

MAI BACA!!! Pukulan yang tepat singgah ke Najib..

Sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh Ahad, 16hb Disember 2012 telah melaporkan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai berkata, "The Opposition only thinks about chaos. A vote for them is a vote for riots, disturbances and demonstrations".

Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia ia bermaksud "pihak pembangkang hanya berpikir perihal huru-hara. Satu undi untuk mereka ialah satu undi untuk rusuhan, kacau-bilau dan tunjuk perasaan."

Kenyataan PM Najib diatas jelas menunjukkan bahawa beliau sedang bertungkus-lumus cuba mempengaruhi minda rakyat bahawa pihak pembangkang ialah puak yang jahat. Adakah beliau telah kehabisan idea yang bernas untuk berhujah dengan fakta dalam usaha beliau untuk mendapat sokongan rakyat?

Read more ...

PURA-PURA TAK TAHU!!! Hoi pencacai UMNO pi tanya Awang Adek, isu projek tanah di Gua Musang

UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS, SILA KLIK PADA FOTO.

Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. 

Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Read more ...