Monday, March 5, 2012

MACAM ORANG GILA!!! Kata Kadir Sheikh Fadzir kepada Zahrain Hashim

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQjT5qAQyS0MG3fLfG396kcs8luEs0PtmnqSacNfaTO8O5FG7yY3SqL9oy9Q6EAPylHLn1D6Z0jO8NAoFE7njKdWkJz9f04iHwZxc_zDv_OqsNM5UFFQ3oYevc1pPzbSqmdgh_yoRHp9U/s1600/5d91a1403e79f4901035d978a8ffba2a.jpgBekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang.

Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi.


"Sebelum ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia.


"Tapi sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia ni nampak sangat dia ni macam gila, " katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain kepada TV3 yang disiar dalam Buletin Utama malam tadi yang mengulas isu PAS Kedah.

Zahrain mendakwa kumpulan Anwarinas telah memperalat dua orang exco Kedah bagi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan.

Dalam ulasannya juga, Zahrain turut berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggunakan bekas-bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Abdul Kadir untuk menyerang Umno.

Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi berkata, tuduhan Zahrain itu tidak masuk akal dan tidak munasabah.

"Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal.

"Jadi saya mintak kawan-kawan Zahrain ni hantar dia ke Tanjung Rambutan," katanya.

Tak perlu cabar

Mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada masih menyokong BN atau sudah menyokong pembangkang, Abdul Kadir berkata beliau tidak mahu layan.

Menyifatkan cabaran itu hanya datang dari 'budak hingusan', beliau berkata melayan cabaran itu hanya membuang masa beliau.

"Saya pegang jawatan dalam Umno 56 tahun. Siapa diorang nak cabar saya, dia baru dua hari masuk politik dah nak cabar saya," tegasnya yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Desakan itu dipercayai ekoran kenyataannya kepada beberapa media alternatif baru-baru ini yang disifatkan menghentam Umno BN.

Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya.

Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.

Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.

HarakahDaily

Read more ...

TOLAK DEBAT!!! Timbalan Menteri UMNO perlekeh Najib


KUALA LUMPUR, 6 Mac: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlekehkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah.

Saifudin memberikan 10 sebab dan alasan kenapa cabaran debat ini perlu diterima oleh Najib demi untuk kebaikan negara ini.


Saifudin berkata demikian dalam tulisannya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.


Bekas Pendebat Terbaik Piala Perdana Menteri dalam tahun 1980an ini berkata, debat baik untuk demokrasi.

"Ia peluang untuk mencetuskan idea yang bernas dan mempertahankannya dengan cerdas. Rakyat akan menilai.


"Namun, terdapat mereka yang menolak debat. Tidak mengapa jika tidak ingin berdebat kerana itu pilihan masing-masing, tetapi usahlah menolaknya bulat-bulat," kata beliau dalam tulisan itu.


Malam tadi Buletin Utama TV3 di awal beritanya melaporkan Najib sedia berdebat untuk perkara-perkara kepentingan negara.


Namun di pertengahan siaran berita itu, TV3 memohon maaf kerana yang dimaksudkan Perdana Menteri adalah beliau sedia berbincang bukannya berdebat.


Semalam, firma kajian pendapat Merdeka Centre melaporkan, majoriti anak muda negara ini mahukan debat antara Najib dan Anwar.


Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.


Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.


Berikut adalah hujjah Saifudin iaitu 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar itu.



Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.

Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.

Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.

Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.

Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.

Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

Alasan 6: Rakyat belum bersedia.

Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.

Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.

Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.

Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

Alasan 10: Debat bukan budaya kita.

Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

Read more ...

TUDUHAN HASAN ALI!!! PAS Parit Buntar jawab awai sebelum Hasan Ali mai ceramah di Parit Buntar



PAS Parit Buntar nampaknya bergerak awal menjawab tuduhan Hasan Ali bekas Ahli Parlimen Parit Buntar. Belum pun Hasan Ali buat ceramah di Parit Buntar untuk membelasah PAS, PAS Parit Buntar dah anjur ceramah menjawab tuduhan Hasan Ali.

Tajuk ceramah pun khas untuk tuduhan Hasan Ali iaitu Siapa Parasit?. Penceramah pun dibawa khas dari Shah Alam, Khalid Samad orang pertama dituduh Parasit oleh Hasan Ali.

Setakat ini belum ada tanda-tanda , ada yang sanggup anjur ceramah Hasan Ali, bukan tiada usaha dari Hasan Ali , ada tapi masih gagal. UMNO Parit Buntar pun nampak macam tak mahu ambil kesempatan macam UMNO Bahagian lain.

Paling dekat Hasan Ali ceramah di Batu Kurau parlimen Larut. Tempat lain, Bukit Gantang, Manjung dan Setiawan.

Jadi malam ini, jangan ketingalan untuk mendengar Ceramah anjuran Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Parit Buntar. Butiran dalam poster di atas. Admin

Read more ...

BUKTI BERGAMBAR!!! Pengundi DUN Gombak Setia telah menolak Hasan Ali


INI ROAD SHOW HASAN ALI ATAS TAJUK " AQIDAH DAN KUASA KETIGA" DI DUN GOMBAK SETIA....

HASAN ALI ADALAH ADUN GOMBAK SETIA...BELIAU MENANG BERTANDING ATAS TIKET PAS/PR PADA PRU 12 YANG LALU...

BELIAU CAKAP SOKONGAN AKAR UMBI TERHADAP BELIAU CUKUP KUAT DAN HEBAT....

PEMECATAN BELIAU DARI PAS AMAT RELEVAN DAN SATU KESILAPAN BESAR PAS SERTA PENYUMBANG UTAMA KEKALAHAN TERUK PAS PADA PRU 13 NANTI...


KATA-KATA BERDEGAR, SOMBONG DAN CUKUP ANGKUH HASAN ALI AKHIRNYA DIBUKTIKAN MALAM INI...OMAKKAU

Read more ...

RAMALAN DAIM!!! Ada maksud tersirat buat Najib

Telahan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin sememangnya sukar dijangka.

Malah dalam pilihanraya umum ke 12 lalu di mana Umno-APCO dan BN buat pertama kalinya gagal memperoleh majoriti 2/3 di parlimen, ramalannya umpama mimpi di angin lalu.


Tetapi kali ini nadanya berbeza. Serius, tapi masih tersembunyi fakta dan angka.


Jika dahulu semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL- kini Bursa Malaysia) boleh "terbatuk" akibat kata-katanya, kini di gelanggang politik pula dia bertukar selera.


Bukan sedikit peramal politik baik dari pemimpin Umno-APCO sendiri mahupun Pakatan Rakyat mengikuti geral bibirnya yang jelas umpama hadis yang mesti dibaca dan diperinci maksudnya.

Tetapi nampaknya, kali ini ramalannya pasti sedikit tersasar.


Mengandaikan BN mampu memperolehi kembali mandat rakyat sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan dalam waktu terdekat, sebenarnya ada maksud terselindung yang disembunyikan di sebaliknya.


Dengan kekayaannya yang menghampiri Namrud pasca zaman Firaun, tidak susah bagi kita mengagak perisik yang dibayar lumayan akan sentiasa memberikan gambaran terkini sokongan rakyat terhadap Umno-APCO mahupun Pakatan Rakyat.


Sebenarnya, Daim sudah menduga Umno-APCO akan kecundang lebih teruk dari yang dijangka jika pilihanraya umum dilakukan dalam tempoh enam bulan mendatang.


Mengapa?


Kerana di sebalik rintihan 1.2 juta kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA yang terang-terang berat sebelah, penyenaraian Felda ke Bursa Malaysia yang ditentang Pakatan Rakyat masih menemui jalan buntu yang sama sekali menutup peluang BN memperolehi mandat semula.


Dengan perkhabaran bahawa warlords Umno-APCO yang bergentayangan di sekeliling puncak kuasa sudah mula bosan dengan karenah pentadbiran Najib , Daim kini tidak ada pilihan lain.


Turun dan selamatkan Umno-APCO seberapa segera dan semaksima mungkin.


Bukan sedikit harta kekayaannya yang masih dipegang kroni dan suku-sakat termasuk yang kita semua ketahui, rupanya jalan untuk menyelamatkannya juga sudah tidak nampak cahayanya lagi.


Berbekalkan analisis terkini risikan polis dan tentera, Daim kini harus merasa cemas dan gusar dengan penolakan sedikit demi sedikit orang Melayu terhadap Umno-APCO yang digerakkan Pakatan Rakyat melalui platform ABU (Asalkan Bukan Umno) awal tahun ini.


Diceritakan oleh beberapa pemimpin Umno-APCO sendiri, Daim dan Mahathir kini terpaksa mengetepikan Najib kiranya pun BN terus diberi mandat untuk lima tahun lagi.


Najib kini umpama menanggung biawak hidup buat Umno-APCO dan kenyataan terkini Daim yang memberi markah lebih tinggi buat Najib berbanding Anwar Ibrahim sebenarnya mempunyai maksud tersirat di sebaliknya.


Dengan "memuji" Najib, Daim kini berharap parlimen akan dibubarkan dan tidak syak lagi seorang pemimpin baru akan menggantikan Najib untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.


Najib yang menyedari permainan Daim dan Mahathir kini berada dalam situasi terdesak sama ada mahu memanggil pilihanraya atau terus menggunakan mandatyang diperolehi dari Abdullah Badawi dan menunggu sehingga tahun depan untuk melakukannya.


Jika ini berlaku, dan dengan perkembangan politik yang terus memihak Pakatan Rakyat, sudah pasti ramalan Daim dan kuncu-kuncunya akan tersasar lebih jauh - Umno-APCO akan menjadi pembangkang dalam parlimen buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.


Untuk menunggu hasil dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang digula-gula, sudah hampir pasti Najib akan mengeksploitasi keadaan untuk menepis telahan Daim bahawa Umno-APCO tidak berupaya mempertahankan Putrajaya, malah lebih teruk lagi kesemua aset dan perniagaan warlords Umno-APCO akan "dimusnahkan" untuk mengelakkannya dari dikenakan tindakan undang-undang.


Daim kini tidak ada pilihan lain walaupun cuba untuk memberi bayangan ngeri hanya tiga negeri sahaja yang bakal kembali ke pangkuan BN iaitu Sabah, Sarawak dan Melaka.


Muhyiddin pula kini cuba merapati Daim dan Mahathir kerana sekiranya Najib dinyahkan dari kerusi empuk Putrajaya, harapannya untuk menggantikan bosnya dilihat cerah.


Tetapi mahukah Daim menerima Muhyiddin?


Inilah persoalan yang sangat sulit untuk dipastikan kerana Muhyiddin dulu merupakan kem Razaleigh dan bukannya Mahathir dalam pemilihan Umno-APCO 1987 yang menyebabkan parti reput itu diharamkan oleh mahkamah atas arahan Mahathir sendiri.


Kesetiaan Muhyiddin boleh dipertikai Daim yang juga gusar kerana tiada siapa pemimpin atasan Umno-APCO mampu menyatu padukan parti dan kerajaan.


Harapkan ketiga-tiga Naib Presiden pasti tidak sama sekali di benaknya.


Jadi siapakah yang layak menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri?


Daim dan Mahathir sudah mempersiapkan seseorang untuk menggantikan Najib demi kelangsungan Umno-APCO menghadapi pilihanraya umum bulan Jun nanti (ramalan terbaru).


Kita akan tahu juga dalam sedikit masa lagi.


Saatnya sudah hampir tiba.


Hampir tiba.


JALAN PULANG

Read more ...

BN MENGAKU SALAH!!! Najib kata YES, pemimpin UMNO lain kata NO


KUALA LUMPUR, 5 MAC: Datuk Seri Najib Razak telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia pada Sabtu lalu kerana “kesilapan-kesilapan” Barisan Nasional yang menyebabkan (BN) hilang banyak kerusi dan negeri seperti Kedah pada 2008.

Tetapi kenyataan Perdana Menteri itu diperlekehkan pula oleh pemimpin-pemimpin UMNO, membangkitkan persoalan sama ada Najib benar-benar dihormati oleh para menteri serta pemimpin BN.

Malah, permohonan maaf itu juga tidak bererti kerana UMNO-BN jelas tiada keazaman politik untuk membuat sebarang perubahan, sebagaimana yang dilihat sepanjang empat tahun lalu sejak 2008.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas cuba meremehkan permohonan maaf Najib, apabila bermegah dengan pencapaian BN dalam beberapa dekad yang lalu.

Muhyiddin dipetik media sebagai berkata “… dalam tempoh 54 tahun, tiada siapa yang boleh menafikan, walaupun terdapat kelemahan, kita telah mencapai kemajuan besar dalam bidang sosio ekonomi, budaya, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain.”

Malah, menurut Pua, Muhyiddin mengelak maaf Najib dengan menambah, “ (kesilapan-kesilapan BN) itu semua sudah berlalu, tak perlu kita ungkit kelemahan-kelemahan kita.”

Selain Muhyiddin, beliau berkata, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan terus menolak permohon maaf Perdana Menteri dengan menggesa rakyat Malaysia untuk “memberikan BN mandat untuk memerintah berikutan janji oleh Najib bahawa BN akan membetulkan kesilapan lalu”.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kenyataan-kenyatan para pemimpin UMNO itu dengan sendirinya menghancurkan rasa muhibah yang mungkin timbul daripada permohonan maaf Najib yang dibuat kepada rakyat Malaysia pada hari sebelumnya.

“Ia menunjukkan bahawa BN masih angkuh dan mengetepikan kritikan rakyat Malaysia sejak sekian lama dan mana-mana peluang perubahan tidak akan berlaku jika BN kekal berkuasa.

“Buktinya, Muhyiddin kata itu kesilapan lalu, bukan sekarang manakala Ahmad Maslan berkata jika BN tidak dapat majoriti dua pertiga, ia tak mampu membaiki kesilapan lalu,” katanya mendedahkan hipokrasi pimpinan UMNO-BN.

Beliau menyatakan bahawa keadaan itu menampakkan kucar-kacir dan panik dalam pucuk pimpinan UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana semua pihak bertentangan antara satu sama lain atas mesej yang sama untuk memenangi undi.

“Walau pun tidak mahu bertentangan dengan Perdana Menteri secara terus kerana permohonan maaf yang telah dibuat, pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan berebut-rebut untuk membendung kesan dengan menjadikan permohonan maaf Najib tidak relevan,” ujarnya.

Katanya, walau pun menjadi Perdana Menteri selama 3 tahun, rakyat Malaysia tidak menyaksikan apa-apa kemajuan daripada Najib tetapi semakin lama semakin teruk.

Menurutnya, Malaysia telah jatuh lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (IHP) iaitu dari nombor 56 kepada 60 manakala kes-kes penyalahgunaan kuasa seperti yang dapat dilihat dalam skandal terkini projek RM250 juta fidlot NFC.

“Permohonan maaf UMNO yang tidak ikhlas sebelum pilihan raya tidak akan menukar cara rakyat melihat BN, lebih-lebih lagi kerana pemimpin-pemimpin BN tidak bersedia untuk mengakui kerosakan dalam sistem,” tambah beliau.

Read more ...

SABAH NEGERI TERMISKIN!!! Dosa politik terbesar BN terhadap rakyat Sabah


KOTA KINABALU, 5 MAC: Satu dosa politik terbesar Barisan Nasional terhadap rakyat Sabah adalah menjadikan Negeri di Bawah Bayu itu yang kaya dengan sumber asli sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Setiausaha DAP Sabah Dr. Edwin Bosi berkata, ia telah terbukti bahawa selama 48 tahun lalu, BN tidak melakukan banyak kebaikan untuk Sabah, sebaliknya menjadikan anak negeri menderita miskin.

“Meski pun belanjawan negara adalah kira-kira RM220 billion, tidak sampai 6 peratus diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak walau pun kedua-dua negeri ini memberi sumbangan besar hasil minyak dan gas, dan kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak memperjudikan masa depan mereka dengan mengembalikan kuasa kepada BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Menurutnya, kerajaan BN juga sudah menyatakan hasrat untuk memansuhkan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR), sebagaimana yang dikatakan oleh Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez, bahawa sudah tidak ada tanah NCR selepas 1931.

“DAP Sabah tidak akan berdiam diri atas isu ini. Kita mencabar Ketua Menteri dan kerajaan BN untuk meluluskan usul di Parlimen untuk meminda Ordinan Tanah Sabah untuk menyatakan ‘cut-off date’ adalah pada 1931,” tambahnya.

Menyedari kelemahan dan penyelewengan BN, Dr Edwin mahu rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat yang memberikan alternatif yang jauh lagi baik daripada BN.

“Buku Jingga Pakatan Rakyat dengan jelas menyatakan penghormatan kepada NCR, menambah royalti minyak kepada 20 peratus, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendatang asing, mengembalikan semula dividen Yayasan Sabah, serta dana RM1 bilion untuk bumiputera Sabah,” katanya.

Oleh itu, menurutnya, alternatif terbaik untuk rakyat Sabah adalah untuk berani ubah kerajaan.

“Kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan yang tidak mengambil berat. Kenaikan kos sara hidup dan pendapatan yang statik menyebabkan orang menjadi miskin dan miskin tegar.

“Kita perlukan memerlukan sebuah kerajaan yang boleh mengurus negara dengan baik. Kerajaan itu adalah kerajaan Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Read more ...

DRAMA NAJIB!!! Tiada maaf bagimu UMNO

SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Razak memohon maaf atas kesilapan Umno BN disifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai drama.

Beliau berkata, Najib cuma mahu meraih simpati dan mendapatkan semula undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Tiada maaf bagimu. Tidak… Ini bukan drama sehari. Bagus jugalah keinsafan itu. Dalam Islam keinsafan itu penting. Tapi dalam Islam juga kalau kita nak bertaubat bukan hanya bercakap sahaja.

“Saya tengok walaupun (Najib) minta maaf tapi maaf berlapik. Itu yang tak boleh,” katanya dalam wawancara khas bersama HarakahDaily, hari ini.

Baru-baru ini, Najib mengakui Umno BN ada melakukan kesilapan pada masa lalu sehingga rakyat tidak mengundi parti itu dan mengulangi kenyataan sama kepada rakyat Kedah dan meminta rakyat di kedua-dua negeri untuk memberi peluang kepada Umno BN untuk memperbetul kesilapan lalu.

Khalid percaya rakyat bijak untuk membuat pilihan yang betul kerana yakin mereka mampu menilai mana yang baik dan buruk.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pakatan Rakyat sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas diberi mandat pada 2008.

“Untuk mengubah perlakuan 50 tahun Umno BN dalam masa empat, lima bukan perkara senang tapi inilah peluang untuk rakyat Selangor membuat pilihan.

“Kita sudah mencuba sedaya upaya. Rakyat Selangor bolehlah membetulkan yang tak betul, menyokong perkara yang boleh diperbaiki dan saya harap peluang (kepada pakatan Rakyat memerintah) berterusan,” katanya.

Read more ...

PAS KEDAH MAKIN KUAT!!!! Lagi pemuda UMNO sertai PAS


(Yunus menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Ustaz Idris)

PADANG TERAP, 5 Mac: Pemimpin Umno cakap tidak serupa bikin, kata bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini Mohd Yunus Harun, 36, Pedu, Mohd Yunus Harun, 36.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap selepas menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, di sini.

“Umno ni cakap lain buat lain. Cakap nak bela rakyat, tapi harga barang duk naik hingga menyusahkan rakyat.

“Dia (Umno) kata kalau menang nak bela rakyat, tapi sampai sekarang membiarkan rakyat terhimpit dengan masalah hidup,” katanya.

Ketika ditanya kenapa memilih PAS, beliau memberitahu, PAS telah membuktikan melaksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sebelum ini.

“Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid.

“Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, beliau tidak dapat merasai suasana seperti demikian sewaktu berada dalam perjuangan Umno.

Sambungnya, beliau telah merancang selama lima bulan bagi menimbangkan untuk menyertai PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, memberitahu, masyarakat di kawasannya kini terbuka untuk menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Sekarang ni masyarakat di Padang Rakyat mudah menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Ada yang cakap dengan saya, BN tidak payahlah nak berbohong menerusi media yang dikuasai oleh mereka kerana dia orang (masyarakat Padang Terap) boleh mengetahui berita menerusi internet,” ujarnya.

Beliau menambah, masyarakat di kawasannya menunjukan perubahan yang positif dengan memberi sokongan yang lebih kepada PAS.

Read more ...

KAMI BUKAN NAK JADI HASAN ALI!!! Ir. Phahrolrazi dan Dr. Ismail setuju sertai semula barisan Exco Kedah

http://mymalaysiainfo.com/generalinfo/malaysian-flag/kedah-flag/lambangkedah.jpgKUALA LUMPUR, 5 Mac: Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.

Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Read more ...

HASAN ALI NAK SAMAN!!! “Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.”

SHAH ALAM – “Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.”

Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.


“Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja.


"Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.


Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria.


“Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman,” katanya.


Apabila ditanya pemberita sama ada Mahfuz mempunyai bukti Kementerian Belia dan Sukan menaja program Hasan, beliau menegaskan, Pas cuma menuntut penjelasan sama ada benar maklumat diterima bahawa sejumlah RM30 juta disalurkan kepada cawangan berkenaan bagi membiayai ceramah Hasan di seluruh negara.


“Semalam ada program belia Regatta Kanu Hari Belia Kebangsaan pun dia ada sama beri taklimat, kalau diikutkan semua program belia sekarang dia mesti ada.


"Itu yang saya suruh siasat dan minta menteri berkenaan beri penjelasan program dia ditaja KBS atau tidak, bukan menuduh,” katanya.

Read more ...

POLIS TAKUT KEPADA SAMSENG UMNO?!!! 100 wartawan berkumpul serah petisyen kepada Ketua Polis


Kira-kira 100 wartawan berkumpul di luar ibu pejabat polis Pulau Pinang semalam menuntut supaya tindakan segera diambil berhubung kes dua rakan mereka cedera sewaktu perhimpunan anti-Lynas Ahad lalu.

Para wartawan media arus perdana dan media alternatif itu berpakaian hitam sebagai menyatakan kesedihan mereka berhubung insiden yang menimpa rakan mereka dari akhbar Kwong Wah Jit Poh – Adam Chew dan Lee Hong Chun.

Anggota cawangan khas berada di kalangan wartawan, tetapi polis membenarkan perhimpunan aman selama 30 minit itu, lapor Malaysiakini.

Adam dan Lee terperangkap dalam kekecohan yang berlaku selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyampaikan ucapannya di perhimpunan itu di Dataran Pemidato.

Kumpulan wartawan berkenaan berhimpun untuk menyerahkan petisyen yang ditandatangani oleh 249 petugas media daripada pelbagai organisasi media, kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaacob.

Ayub, bagaimanapun, tiada di pejabatnya kerana ada tugas rasmi di Kuala Lumpur, dan memorandum satu halaman itu diterima oleh seorang wakil.

Read more ...

KEPUTUSAN PAS PUSAT!!! Azizan kekal MB, 2 exco perlu kembali



KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.


"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.


"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini.


Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.


Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran.


Ketika ditanya mengenai perbincangan yang diambil begitu lama bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Mustafa memberitahu mesyuarat sebenarnya tidak lama tetapi untuk mendengar pandangan exco-exco itu memerlukan masa yang lama.


Beliau turut yakin bahawa krisis itu selesai dan kedua-dua exco menerima keputusan yang telah dicapai.


"Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya optimis kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut.


"Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," sambungnya.


Mustafa turut menyatakan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


"Selain itu juga kita turut yakin dan optimis bahawa keputusan ini akan mengukuhkan kedudukan kita (PAS) di Kedah serta mengekal kemenangan pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya lagi.

Read more ...