Sunday, May 29, 2011

UMNO tawar 3 Menteri penuh kepada PAS bentuk kerajaan perpaduan

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/1/1b/P028-PSRPUTEH.jpgUsaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Read more ...

Pas Terengganu dalam bahaya, tinggal 4 kerusi sahaja Pru 13

Ketika adinda Sultan Shahrul Najib ibni Sultan Malik Shah, pemerintah negera Beringin Ru Rendang berangkat dan singgah di Kemaman lalu memanda Nujum Pak Belalang selaku Ahli Nujum Negara telah mempersembahkan bahawa Sultan Shahrul Najib akan mengalahkan Sultan Masai yang memerintah negeri Gua Bukit Tunggal. Maka tersenyumlah adinda Sultan.

Kemaman: “UMNO Terengganu makin kuat apabila Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad) mengambil alih ketua perhubungan,” kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman ( MPK)

Berikutan itu, UMNO Terengganu yakin sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dapat dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13).

Ahmad Said pula menegaskan kenyataan itu dibuat berdasarkan realiti setelah mengambilkira sokongan semasa rakyat negeri ini kepada UMNO dan BN. Beliau yang juga Menteri Besar berkata, sepanjang tahun lalu UMNO berjaya mendaftar 34,000 orang sebagai pemilih manakala Pas hanya mampu mendaftar 10,000 pemilih baru. “Saya mahu memastikan semua pemilih yang kita daftar itu akan menyokong calon BN pada pilihan raya umum akan datang. “Jika itu berjaya dilakukan kita bukan saja dapat mengekalkan pemerintahan BN di Terengganu, tetapi dapat merebut semula sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi yang dimenangi pembangkang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang disempurnakan Muhyidin.

Dalam kes tertentu, Terengganu berbeza daripada Kelantan & Kedah. Latarbelakang politiknya serta perjuangan kepartiannya. Bahkan ketika Umno-BN Kedah & Kelantan berbalah mereka tiada sumber kewangan yang banyak. Terengganu dengan wang ehsan yang dirompak digunakan dengan sebuas-buasnya meskipun mereka saling bercakaran dan berebut harta. Tetapi kerja Allah mengatasi segala-galanya. Terengganu telah dimenangi Pas tahun 1951 dan Meskipun ketika Tan Sri Wan Mokhtar menjadi MB, Umno Terengganu sudah kaya tetapi Alhamdulillah, mereka boleh dikalahkan pada tahun 1999. Meskipun Wang ehsang bermula dan Pas tinggal 4 kerusi tetapi telah meningkat sekali ganda kepada 8 kerusi pada 2008.

Kini, semua mereka yang didaftar oleh Umno-BN sebagai pengundi dibayar Rm500. Mereka dikursuskan selama 3 hari. Setiap pemberian wang kini diwajibkan mendaftar keahlian Umno. Walaupun begitu, rakyat makin imun dengan umpan Umno-BN dan kezaliman dan penindasan serta janji-janji bohong Umno akan memakan diri mereka sendiri. Peluang pekerjaan, kenaikan harga barang yang tinggi, kos hidup semakin teruk, semuanya membebankan rakyat. Dengan kesedaran khususnya orang muda, rakyat Terengganu mampu mengulangi perubahan yang pernah mereka lakukan. InsyaAllah semoga Allah memberi kemenangan PR pada pru-13 nanti.

Read more ...

Untung rakyat Selangor di bawah pemerintahan PR

Syabas Pula Tawar Air Percuma Sepanjang Tahun


SHAH ALAM 29 MEI : Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengecualikan keluarga miskin di negeri ini daripada membayar bil air untuk tempoh setahun.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok Suh Sim berkata demi terus membela golongan penduduk itu, Syabas kini perlu memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam melengkapkan penstrukturan semua industri air Selangor.
Ini akan memastikan penduduk terbabit terus menikmati kemudahan air pada kadar yang munasabah selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, tambah beliau kepada TV Selangor.
" Saya mengalu-alukan cadangan Syabas ini, tetapi apa yang penting adalah Syabas mempercepatkan proses pengambilalihan syarikat terbabit oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata Teresa.
Beliau berkata langkah terbaru Syabas mengecualikan terus keluarga miskin daripada membayar bil air menyusul tindakan kerajaan negeri memberi air percuma 20 meter padu sejak tahun 2008.
" Kerajaan Negeri telah memberikan 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat di Selangor dan kami telah menunjukkan prihatinan kami. Jadi jika Syabas ingin menghulurkan bantuan tersebut kepada keluarga miskin kami mengalu-alukanlah," kata beliau.
Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata, syarikat itu akan memberi kelonggaran kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan tidak berkemampuan dari membayar bil air sepanjang tahun.
Rozali berkata keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang ramai pula akan diberi keutamaan dalam pemberian air percuma kerana mereka dibeban dengan perbelanjaan mengurus pendidikan anak-anak.
Kerajaan Negeri sebelum ini membuat tawaran untuk mengamil alih aset Syabas dan tiga syarikat konsesi lain dalam hasrat untuk menjamin harga air tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya seperti masa-masa lalu.
Kerajaan negeri dijangka mengadakan mesyuarat dengan kerajaan persekutuan bulan depan dalam usaha terbaru untuk mengatasi kemelut pengambilalihan itu.

Read more ...

Lynas : Penduduk cuba serbu Panel Penyelidikan




KUANTAN 30 MEI : Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel penyelidkannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan.

Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.

Sambil melaungkan “Stop Lynas” (hentikan Lynas) dan“Lynas go back Australia” (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku.-Malaysiakini

Read more ...

Mat Said bakal jadi 'DJ' Manis FM lepas PRU 13

https://lh6.googleusercontent.com/-bxB0t_r2r0k/TXCmEZqIYxI/AAAAAAAAAs0/p-XFZjI6NgA/msppr.pngPada Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, yang berlangsung selamat empat hari bermula dengan perasmiannya pada 9 Mei hingga 12 Mei 2011 pelbagai aksi ahli dewan serta cerita ‘pelik’ diperolehi.

Berkebetulan pula, kawan Awang adalah seorang WARTAWAN yang mempunyai hubungan baik+rapat dengan rakan-rakannya wartawan yang lain.

Dan berkebetulan pulanya, salah seorang dari rakan-rakan kawan Awang pula yang juga seorang WARTAWAN dari agensi surat khabar “arus perdana” itu adalah terlibat secara langsung dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Mungkin dia adalah Pengerusi JKKK atau Setiausaha JKKK atau Bendahari JKKK atau Ketua Penerangan JKKK atau mungkin orang ‘kuat’ Umno diperingkat cawangan dan bahagian Kuala Terengganu.

Awang diberitahu, rakan kepada kawan itu telah membisik-bisikkan tentang suatu perangai ‘pelik’ Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Kata mereka (kawan) MB ‘Mat Said’ buat kerja “GILA”. Kata mereka (kawan) mungkin masa depan untuk ‘Mat Said’ kekalkan kuasa sebagai MB Terengganu sudah berada dipenghujungnya.

Rakan kepada kawan Awang itu, memaklumkan bahawa dalam satu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu bulan lalu ‘Mat Said’ dikatakan telah membuat satu keputusan besar tanpa perbincangan dengan Ahli Exco-nya.

Terdapat di kalangan Ahli Exco Kerajaan Terengganu sendiri yang “ANTI Mat Said”, yang “MELUAT” dengan perangai Mat Said terkejut “BERUK” apabila diberitahu yang kerajaan negeri telah “membeli” stesen radio Manis FM.

Maklumat itu, dijelaskan sendiri oleh Exco Kerajaan Mat Said yang ‘terkilan’ apabila keputusan untuk membeli stesen radio berkenaan langsung tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan setiap hari RABU.

Mat Said sendiri memberitahu rakan-rakan Ahli Exconya ketika selesai mesyuarat bahawa, “Kita telah beli stesen radio Manis FM dengan harga RM7 juta dan kita telah bayar deposit RM4 juta”, ujarnya.

Apakah dengan keputusan peribadi Mat Said selaku MB boleh berbelanja RM7 juta untuk penyiaran Manis FM itu tepat dan tidak perlu dibawa berbincang dalam Mesyuarat Exco.

Dalam keadaan rakyat susah dan masih banyak yang miskin, tiba-tiba boleh seorang yang bergelar Ketua Eksekutif Menteri Besar Terengganu sanggup “BERBELANJA LEBIH”.

Namun begitu, ada pandangan nakal rakyat membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Mat Said sedang mencari tapak dan peluang yang baik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Kata mereka, Mat Said juga bakal menjadi “DJ” untuk sebuah stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim..???

Jika Mat Said menjadi “DJ Manis FM” sudah pasti kerja-kerja penerangan dan kerja ‘memfitnah’ menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.

Jadi di manakah kepentingan rakyat diutamakan? Jika sekadar slogan sahaja itu tidak memadai dan rakyat terus-menerus menjadi ‘mangsanya’ Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Di SINI… Awang cuba jelaskan insan manakah yang menjadi peneraju serta pengasas kepada sebuah Stesen Radio Manis FM tersebut?

TAN SRI DATO’ HJ. HUSEIN AHMAD yang juga ‘Orang Kuat Umno’ ialah insan di belakang Manis FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini.

Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran.

Suatu ketika, radio pernah dibayangkan akan melalui zaman malap, namun setelah masa beredar ternyata ia masih mendapat tempat sebagai medium hiburan dan maklumat.

Sebagai veteran Umno, Hussein mengaku mewujudkan Manis FM atas rasa kasih dan semangat setia kawan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

''Hubungan yang rapat dalam parti mendorong saya menghulurkan bantuan kepada Dr. Mahathir melalui kemampuan yang ada untuk menjadi sebahagian telinga kepada pimpinan negara, lantas saya jadikan Manis FM medium antara pendengar dengan perkhidmatan agensi kerajaan.

''Komunikasi dua hala menerusi segmen yang diperkenalkan iaitu berkaitan dengan aduan rakyat menghidupkan Manis FM pada awal kemunculan kerana si pemanggil mendapat maklum balas dengan pantas daripada agensi kerajaan di studio rakaman kerana disiarkan secara langsung," ujarnya.

Dan berbalik kepada isu Mat Said beli Manis FM tadi. Maka, banyaklah suara-suara sumbang yang keluar dari mulut pimpinan Umno Terengganu termasuk di kalangan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan Wakil-wakil Rakyat BN.

Bahkan, cerita terbaru yang kedengaran dari cakap-cakap ‘orang atasan’ bahawa Jamaah Istana sudah ‘reject’nama Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dari 12 orang nama-nama yang bakal dicalonkan.

Mereka adalah Dato’ Mohamed Awang Tera, Dato’ Seri Ahmad Said, Dato’ Ahmad Sabry Chik, Dato’ Yahya Khatib Mohamad, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Dato’ Nasir Ibrahim Fikri, Dato’ Abdul Rahin Said, Dato’ Jailani, Dato’ Wan Farid Dato’ Wan Salleh, Dato’ Din Adam.

Dikatakan juga dari 12 pencalonan tersebut kini hanyalah tiga orang yang bakal dipertimbangkan oleh Jamaah Istana dan siapakah mereka itu?BO

Read more ...

Sejuta Belia Najib : La program Jom Heboh ka, baik la orang muda ramai

Najib peralat program Sure Heboh untuk himpun belia

oleh kedahla


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya” oleh segelintir belia yang diupah.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali tetapi hanya mendapat sambutan tidak bermaya dari beberapa kerat ahli Pemuda UMNO.

Remaja yang hadir dalam program Sure Heboh tidak tahu menahu mengenai penempelan Najib pada mulanya. Mereka kemudian buat-buat tak peduli sewa

Read more ...

Dua gambar berbeza menceritakan segalanya

Nah Tengok !!..Gambar perbeza 10 ribu pemuda bermunajat serupa tetapi berbeza



Imam Tua disubuh hari bersama 10 ribu jemaah ..... Laghro....pengisian kosong.



Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man U) dan Barcelona bersama orang ramai menerusi skrin gergasi di Dataran Putrajaya awal pagi Ahad.

Perdana Menteri memakai jersi pasukan pilihannnya Man U yang tertera nombor 1 Najib.

Lebih 10,000 peminat bola sepak yang membanjiri dataran itu memberi tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan semasa menyambut ketibaan Najib kira-kira setengah jam selepas perlawanan bermula.


Himpunan 10 ribu jentera Pemuda dan Muslimat PAS Kelantan dengan pengisian munajat dan khatam 100 kali al-Quran .


Yang mana pilihan anda ?

Read more ...

''Polis bodoh'' punya penangan

Gadis berhadapan hukuman denda Rm100

KUALA TERENGGANU, 29 Mei — Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Laporan Bernama Online menyebut, Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira 1 tengah hari semalam di hadapan LTSM.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan “polis bodoh” terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak, yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahn-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung hitam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Seksyen/Masjistret Rusilah Chik.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Ketika kejadian itu, tertuduh yang bekerja di sebuah butik di LTSM dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya.

Dia kemudian terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan dan dia diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

Tertuduh bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati apabila ditegur tentang kesalahannya itu dan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelar bodoh terhadap anggota polis tersebut.

tmi

Read more ...

Reuters: Terbaru Al-Qaeda kuasai bandar Pantai Yaman


Di tengah krisis politik, Al-Qaeda dan militan Islam kuasai bandar pantai Yemen

SANAA, 29 Mei 11: Di sebalik kebangkitan rakyat menentang presiden mereka, kumpulan Al-Qaeda dan militan Islam dilapor menguasai bandar pesisir pantai Yemen, Zinjibar sejak dua hari lalu.

“Kira-kira 300 militan Islam dan pengikut Al-Qaeda datang ke bandar Zinjibar dan menguasai semua Jumaat lalu," kata seorang penduduk kepada agensi berita Reuters.

Zinjibar adalah ibu negeri bagi wilayah Abyan di selatan tengah Yemen. Negara dilanda kemiskinan ini berhadapan dengan keganasan dan kebangkitan rakyat mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh melepaskan jawatannya yang disandang sejak 33 tahun lalu.

Washington menganggap cawangan Al-Qaeda yang berpangkalan di Yemen sebagai kubu pengganas yang paling aktif di dunia. Laporan terbaru ini muncul di sebalik perkembangan bahawa pasukan keselamatan yang setia Ali Abdullah dan puak pemberontak bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata hari ini.

Kumpulan pembangkang mendakwa Ali Abdullah menggunakan ancaman Al-Qaeda sebagai alasan untuk mendapatkan bantuan daripada kuasa-kuasa serantau, yang turut mahukan kerajaannya menangani militan secara menyeluruh. Malah, kumpulan itu mendakwa mereka boleh melakukan lebih baik dalam pendekatan mengawal Al-Qaeda berbanding Ali Abdullah.

Kebangkitan rakyat mendesak Ali Abdullah berundur bermula Januari lalu dan sehingga kini sekitar 300 orang dikatakan telah terbunuh. Keganasan itu mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu kemungkinan menjurus ke arah perang saudara.

Krisis politik semasa menyebabkan Yemen mengalami kerugian ekonomi sehingga RM15 bilion (AS$5 bilion) dan bantuan segera diperlukan untuk memulihkan negara tersebut yang Keluaran Dalam Negeri Kasarnya sekitar RM90 bilion, kata menteri perdagangan Yemen kepada Reuters.

Terdapat kebimbangan bahawa AQAP, kumpulan Al-Aaeda berpangkalan di Yemen akan mengambil kesempatan daripada ketidakstabilan politik untuk melancarkan serangan bom. Kedua-dua Amerika Syarikat dan Arab Saudi turut bimbang dengan gerakan AQAP. Awal bulan ini, Amerika Syarikat menembak mati ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden di Pakistan. — Reuters

Read more ...

PAS Jalan Pantai Lama terima sijil pendaftaran

PARIT BUNTAR, 29 Mei : Permohonan ahli-ahli PAS Jalan Pantai Lama untuk menubuhkan sebuah cawangan PAS akhirnya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Setiausaha PAS Jalan Pantai Lama Ahmad Fairus Muhammad berkata, majlis penyerahan sijil pendaftaran cawangan telah diadakan selepas mesyuarat penubuhan PAS cawangan berkenaan di sini.

“ Perlantikan Jawatankuasa cawangan telah diadakan dalam mesyuarat ini. Secara rasminya , PAS Cawangan ini boleh bergerak melakukan aktiviti.

“Agenda PAS Parit Buntar semestinya juga menjadi agenda utama PAS di peringkat cawangan” katanya

Sementara itu , Jamaluddin Abd Rahman yang dipilih sebagai Ketua PAS Cawangan Jalan Pantai Lama mengingatkan ahli PAS cawangan supaya sentiasa mendapatkan maklumat isu-isu semasa dari pimpinan PAS kawasan.

“ Sekarang banyak berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media arus perdana supaya rakyat membenci pimpinan dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

“ Ahli-ahli PAS juga jangan terpengaruh dengan berita fitnah ini, sebaiknya mendapat maklumat yang betul dan menyebarkan kepada masyarakat setempat” katanya

Jamaludin meminta Jawantankuasa PAS Cawangan yang baru dipilih supaya bersama-sama mengerakkan cawangan dengan pelbagai aktiviti.

“ Saya berharap PAS Cawangan ini dapat bergerak aktif dengan kerjasama dan sokongan dari Ajk dan ahli-ahli PAS Cawangan.

“ Sekiranya, PAS Cawangan ini kuat secara tidak langsung memperkukuhkan PAS kawasan terutama bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti” katanya

Pengarah Pilihanraya PAS Parit Buntar Khairulzami Muhammad telah menyampaikan penyerahan sijil pendaftaran PAS Cawangan Jalan Pantai Lama kepada Ketua PAS Cawangan Jamaluddin Abd Rahman.

Read more ...

Pemimpin UMNO/BN tiru macam pemimpin India

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/05/Tuan-Ibrahim-Tuan-Man.jpgKERDAU, 29 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Malaysia tidak ubah seperti India yang gemar mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar dengan menyajikan hiburan yang melekakan.

"Kita tengok kenapa India pelakonnya cantik, kaya raya, rumah besar, kalau tengok filemnya menyanyi sampai tujuh kali tukar baju, tujuh gerabak kereta api.


"Rakyatnya dihidangkan dengan filem-filem mengasyikkan,duduk rumah besar sampai mereka lupa rumah mereka sendiri nak roboh.



"Begitu juga di Malaysia. Dalam isu kos hidup makin meningkat dan pelbagai isu lain, BN cari isu yang boleh buat rakyat lupakan isu sebenar," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau malam tadi.


Untuk menutup keresahan rakyat itu, Umno BN katanya terpaksa menggunakan isu perkauman dan fitnah agar rakyat 'buta' kezaliman parti pemerintah.


"Sebab itu timbulnya isu fitnah melalui video seks (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana BN tahu rakyat suka isu begini," kata beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.


Menyentuh mengenai kebangkitan warga Felda pula, beliau mempersoal peruntukan yang dijanjikan BN sewaktu pilihan raya kecil Kerdau Mac lalu yang belum ditunaikan.


"Di kerdau mana 10.4 juta peruntukan untuk loji air mana pergi? Mana peruntukan yang disebut dalam pilihan raya kecil? Kosong. Jalan yang dulu buat sekerat sampai sekarang sekerat itulah. Yang tak sempat buat dulu sampai sekarang tak buat," katanya.


Justeru beliau menyeru agar rakyat Pahang khususnya warga Felda bangkit membuat perubahan dengan menolak Umno BN.


"Gerak kerja ini tak mungkin boleh dibuat dengan hanya dengar ceramah tapi semua kena bergerak buat perubahan.


"Khususnya di Felda yang satu masa dahulu disebut sebagai kubu Umno sekarang kita ingin tegaskan bahawa sampai masanya Felda akan bangkit membuat perubahan dan ia akan bangkit menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir hadirin.

Read more ...

Melayu Pulau Pinang miskin sejak zaman BN lagi

KULIM, 29 Mei: Fakta dan kedudukan sebenar mengenai orang Melayu di Pulau Pinang tidak boleh dipolitikkan kerana sememangnya orang Melayu adalah yang termiskin di negeri itu.

Namun begitu, ianya bukan masalah baru sejak diterajui oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada tahun 2008 yang lalu kerana telah berlarutan semasa BN menerajui kepimpinan negeri lagi.


Walau bagaimana pun sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, pelbagai usaha dilakukan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik
(gambar) berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah sempena makan malam anjuran PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu malam tadi.

"Usaha bagi mengurangkan jumlah miskin tegar dilakukan oleh kerajaan negeri dengan mengunjurkan tambahan pendapatan supaya mereka yang berada dalam kategori ini mendapat pendapatan bulanan dari RM400 kepada RM500.


"Dalam tempoh setahun pembasmian ini telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2010 yang lalu sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukkan bagi program ini," ujarnya lagi.


Malah katanya, DAP tidak pernah mengamalkan sikap melampau atau cauvanis sepertimana yang didakwa oleh BN dan konco-konconya.


"Sempena cuti sekolah pada bulan Mei ini, DAP kawasan Komtar yang diterajui oleh saya sebagai wakli rakyatnya, turut menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai.


"Ini membuktikan bahawa persepsi yang cuba dibawa oleh Umno dan BN bagi menjebak kita sebagai parti perkauman dan rasis adalah menyimpang dan tidak benar sama sekali," tambahnya lagi.


Beliau juga berkata, segala tohmahan dan serangan oleh Umno dan BN sebagai petanda bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.


Tindakan terdesak BN ini juga, katanya akan diteruskan selagi mereka tidak berjaya merampas kembali kedudukan kerusi yang telah hilang dalam pilihan raya 2008 yang lalu.

Read more ...

BN takut, 'rayu' belia pertahan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belia Malaysia membantu untuk mempertahankan Putrajaya bukti Umno BN takut berdepan Pilihan Raya Umum ke -13, kata Idris Ahmad.

Ketua Penerangan PAS itu mendakwa, permintaan Najib itu hanya sia-sia kerana yakin belia pada zaman ini matang membuat penilaian dengan pendedahan maklumat yang pelbagai dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana yang dikawal Umno BN.


"PAS yakin belia Malaysia bukan hidup zaman gua yang terputus maklumat. Belia Malaysia yang merupakan orang aktif dengan media baru yang sentiasa terdedah dengan maklumat sebenar.


"Umno hanya boleh mendapat sokongan daripada rakyat yang buta maklumat, belia bukan tergolong dalam kategori rakyat yang buta maklumat. Kebetulan pula yang datang di dalam perhimpunan ini bukan dengan kerelaan hati," katanya kepada Harakahdaily hari ini.


Mengulas himpunan setuja belia yang diadakan di Putrajaya itu, Idris berkata PAS tidak menganggap kehadiran belia ke sana petanda sokongan mereka kepada Umno BN, apatah lagi kehadiran mereka secara paksa rela.


"PAS tidak hairan kerana perhimpunan yang Umno BN anjur semuanya bukan sukarela tetapi paksa rela, berbeza dengan himpunan anjuran PAS yang datang dengan belanja sendiri.


"Rakyat tentu masih ingat ketika Umno tersepit maka mereka akan menghimpun rakyat. Sewaktu bergaduh dengan Raja-raja Melayu tahun 1983 mereka ajak rakyat untuk tunjuk kepada Raja-raja Melayu dengan mengadakan perhimpunan bahawa rakyat di belakang Umno," tambahnya lagi.


Sehubungan itu, beliau yakin belia yang matang tidak akan bersama dengan kerajaan yang boros, korup dan tidak berhemah kepada negara dan rakyat.


Belia jelasnya sedar mereka kini sedang dibebankan dengan kos kenaikan harga barangan termasuk beban pinjaman pengajian, beban sara hidup, pengangguran dan sebagainya.


"Mereka tidak boleh terima, rakyat negara ini semakin merempat walaupun hasil mahsul negara begitu banyak," tegasnya.

Read more ...

Ibrahim Ali : Ahli politik Malaysia paling buruk


PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa presiden Perkasa itu cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian.
Tindakan-tindakan Ibrahim, menurut Anwar, dilakukan atas restu Umno.

“Masalahnya ialah sistem yang kita ada bertolak ansur dan menggunakan mereka seperti Ibrahim Ali,” kata Anwar ketika sesi ramah mesra dengan golongan profesional di sini petang ini.

“Ketepikan pelawak-pelawak ini,” kata Anwar.

Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari BN dan PR membantah tegas kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.

Dalam kenyataan terbaru hari ini, Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Ibrahim juga mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Anwar.
PR dianggotai DAP, PAS dan PKR.

Read more ...

Jangan percaya 'senyuman beracun' Najib

KERDAU, 29 Mei: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu meminta PAS agar jangan sesekali mempercayai Umno yang pernah mengainaya parti itu sewaktu berada dalam Perikatan.

Membidas 'lamaran' Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak di Terengganu baru-baru ini agar PAS bersatu dengan Umno dan 'bercerai' dengan DAP beliau berkata, PAS sudah mendapat pengajaran besar sewaktu bersama Umno Dahulu.


"Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP.DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah.


"Kita dah ada pengalaman bersama Umno.Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun.


"Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau malam tadi.


Kata-kata itu turut disambut gelak ketawa hampir 5,000 yang hadir memenuhi kawasan padang.


Katanya lagi Umno terpaksa menggunakan isu perkauman yang melampau untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap Pakatan Rakyat selepas isu pembangunan tidak lagi berjaya mempengaruhi minda rakyat yang celik maklumat.


Utuk memastikan Umno BN kekal berkuasa, mereka memainkan isu perkauman melalui akhbar milik mereka, Utusan Malaysia.


Katanya, tiada sebarang tindakan diambil ke atas Utusan meskipun memainkan isu perkauman kerana dilindungi Kementerian Dalam Negeri.


"Bila sebut Utusan tak boleh dipisahkan dengan Umno, ibarat kentut dengan tahi.


"Baru-baru ini Utusan laporkan ada usaha DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi jadi mangsa padahal ia diambil dari tulisan blog sahaja.


"Tapi sebab Utusan yang lapor, selamatlah.Kalau Harakah atau Suara Keadilan yang lapor, semua sekali daripada ketua pengarang sampailah yang jual suratkhabar kena tahan," kata beliau.


Menurutnya, isu perkauman juga menjadi peluru Umno BN untuk menghancurkan Pakatan Rakyat setelah tiada modal untuk memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat.


"Miti melaporkan kemasukan pelabur asing tertinggi ialah Pulau Pinang, kedua Politik Selangor, ketiga Kedah.


"Laporan audit pula menunjukkan negeri terbaik menguruskan kewangan Pulau Pinang dan yang terburuk di Pahang.Pahang siapa pemerintahnya?" Soalnya dan disambut laungan "Umno...." oleh hadirin yang hadir.

Read more ...

Polis cari PAPA GOMO kerana ugut bunuh seorang Facebooker

SEMALAM, satu laporan Polis telah dibuat oleh seorang Facebooker yang menggunakan nama Harapan Rakyat terhadap Papa Gomo, blogger pro United Malays No Otak. Umno. Laporan tersebut didakwa dibuat kerana Papa Gomo telah menghantar mesej ugutan bunuh kepada beliau melalui akaun facebooknya.

Berikut printscreen mesej yang telah dihantar oleh Papa gomo kepada Facebooker Harapan Rakyat.

Bagaimana pun menurut Polis semalam, barangkali akaun Papa Gomo tersebut adalah akaun palsu "fake profile". Menurut polis lagi mungkin ada pihak yang cuba menyamar sebagai Papa Gomo untuk "mengenakan" blogger ikon fitnah United Malays No Otak tersebut.

ReJaM© sendiri pada mulanya agak ragu-ragu dengan berita yang diperolehi daripada salah seorang pembaca MiLo SuaM yang mengirimkan email berhubung berita ini. Bagaimanapun, hasil penelitian ReJaM© di blog Papa Gomo, terbukti bahawa Papa Gomo telah mengaku sendiri di blognya bahawa dialah yang menghantar mesej ugutan bunuh tersebut dengan alasan untuk menjadi "kambing hitam".



Apa pun alasannya, jelas sekali Papa Gomo telah mengaku bahawa dialah orang yang menghantar mesej ugutan bunuh kepada Harapan Rakyat. Maka dia wajib ditahan dan didakwa di atas kesalahan mengugut orang lain dengan ugutan yang serius. Secara tidak langsung, Papa Gomo sudah memudahkan kerja Polis.

ReJaM© "Padan muka Papa Gomo, nak bunuh orang konon..."


Read more ...

Orang India tidak takut hudud tapi kenapa UMNO takut hudud

http://buletinonline.net/images/stories/berita48/B%20Chandran.jpgKUALA NERUS - Apabila orang-orang bukan Islam di negara ini memahami dan mula menghayati Islam, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi gusar serta menggelepar.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Terengganu Dr. Balachandran, berkata hanya satu sahaja perkataan yang boleh diberikan kepada Umno terhadap Islam, iaitu 'munafik'

Katanya, Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau keatas pemikiran orang-orang Umno terhadap hukum Hudud.

"Bila kita dah mula menghayati Islam, yang serabut dan menggelepar itu (adalah) Umno dan Barisan Nasional, sebab kita tahu setelah kita membaca, memahami dan menghayati Islam, satu sahaja perkataan yang boleh digunakan untuk Umno (iaitu) munafik,

"sebab bila (ketika) kita tak tahu pasal hukum Hudud, ini pengalaman saya sendiri, banyak (rmai) kawan-kawan MIC dengan Umno sekali mengatakan hukum Hudud itu terlalu kuno, potong tangan sisni, potong kaki sana,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah Sempena Sambutan Hari Keluarga Teluk Pasu, dekat sini 26 Mei.

Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional boleh memisahkan hukum Hudud daripada perlaksanaan Islam.

Katanya, beliau hairan, ramai orang Islam bersembahyang lima waktu, berpuas di bulan Ramdhan, mengeluarkan zakat dan lain-lain tetapi menolak perlaksanaan hukum Hudud.

"Hukum Hudud sebahagian daripada Islam, ia bukan hukum PAS ataupun hukum (yang dicipta oleh) sesiapa, ia adalah Hukum Allah,

"bila orang Islam bersembahyang, berzakat dan (membuat) amalan-amalan lain, (semua) amalan itu ikut hukum Islam,"tegasnya.

Namun begitu, beliau hairan mengapa orang-orang Umno dan Barisan Nasional menolak hukum Islam termasuk hukum Hudud yang adil kepada semua manusia.BO

Read more ...