Friday, January 28, 2011

Suami Cikgu Mala layak dapat MC

Doktor boleh saman pihak pertikai MC


Artikel : Sudah tidak ada isu untuk menghadapi aura Cikgu Mala yang semakin menyesakkan Umno. Maka, tindakan tidak beretika Umno adalah mempamerkan cuti sakit suami Cikgu Mala untuk dijadikan isu.

Malang sekali isu ini yang ditimbulkan oleh blogger Umno digunakan juga oleh Menteri yang menjaga cikgu-cikgu. Sudah tidak ada isu, disuruhnya pengetua sekolah serahkan cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor untuk discan dan dijadikan isu menghentam Cikgu Mala. Sungguh tidak beretika, tidak menghormati profesion perguruan dan kakitangan awam.

Jangan salahkan pengetua berkenaan kerana beliau pun pasti takut jika tidak beri dokumen cuti sakit (MC) itu. Tak beri mungkin tak naik pangkat, senarai hitam, bertukar sekolah dan macam-macam lagi terpaksa dihadapi. Nak selamat beri je lah.

Kenapa nak hentam Cikgu Mala dan suaminya kerana mereka tidak salah apa-apa pun. Suami Cikgu Mala layak dapat cuti sakit kerana pegawai perubatan berkenaan sudah mengesahkan sakit Cikgu Mala.

Dalam bidang perubatan, sakit bukan maknanya kena perlu mengerang , ada darah, ada luka, berbalut sana sini. Doktor pun bukan hanya tengok kepada aspek luaran tapi aspek dalaman pesakitnya. Jadi jika doktor merasakan seseorang itu layak mendapat cuti sakit, Umno tidak sepatutnya menjadikannya isu politik tidak bertamadun.

Doktor berkenaan tentunya sudah tahu masalah yang akan dihadapi oleh suami Cikgu Mala. Isteri sebagai calon pilihanraya, tumpuan untuk mengendalikan P&P akan terganggu, tekanan dan keresahan akan berlaku semasa berada di sekolah akan mengakibatkan penyakit-penyakit lain. Banyak faktor lain diambil kira oleh doktor berkenaan.

Malah doktor berkenaan tidak merasa takut untuk mengeluarkan cuti sakit kerana beliau arif mengenai profesion yang diceburi berbanding pemimpin dan blogger Umno yang tidak ada etika. Tindakan pun tidak boleh diambil kepada beliau, malah beliau layak menyaman mereka yang mempertikaikan cuti sakit berkenaan.

Penulis akan paparkan artikel mengenai tekanan / stress yang dihadapi oleh guru-guru sehingga terpaksa mengambil cuti sakit. Mereka-mereka ini dibela oleh NUTP walaupun ada yang mengatakan mereka tidak sakit, tetapi doktor tetap memberi cuti sakit kepada mereka kerana mereka layak menerimanya akibat tekanan yang dialami.

Seterusnya, bacalah......di sini

Read more ...

Rakyat akan dibebani kenaikan tambang bas ekspress

Tarik subsidi tol, tambang bas akan naik

http://www.izoblog.com/wp-content/store/bas-ekspress.jpgKUALA LUMPUR, 29 Jan. : PAS mendesak kerajaan mengkaji tindakan menarik semula pemberian subsidi tol sebanyak 50 peratus kepada pengusaha bas bermula 15 Januari lalu.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, PAS membantah tindakan itu kerana ia akan menyebabkan pengusaha bas menaikkan tambang kepada pengguna.

Kenaikan tambang ini seterusnya akan menambahkan kesusahan rakyat yang sedia terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan asas.

"Akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN.

"PAS mendesak kerajaan mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti?" soalnya.

Menurut Idris juga, PAS tidak mahu isu kenaikan tambang bas dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menyalahkan pengusaha bas sedangkan mereka yang bersalah.

"Padahal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. PAS yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya," katanya.

Kerajaan menarik balik potongan kadar tol sebanyak 50 peratus itu yang mula diberikan kepada pengusaha bas sejak 15 September 2008 sebagai usaha membantu mereka yang terjejas berikutan peningkatan bahan api di pasaran ketika itu.

Insentif itu juga bagi mengelakkan pengusaha bas menaikkan kadar tambang sehingga menjejaskan pengguna pengangkutan awam itu, terutama bagi perjalanan jarak jauh yang kadar tolnya agak tinggi.

Read more ...

PRK Tenang : Pamir wajah sebenar MCA dan DAP untuk tatapan Umno

Perubahan wajah MCA dan wajah sebenar DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAXztKAb3kLg_fBrs2x-yvWzwqrzFSU-ubXUUmUXVVfnhoUHDdTlIlcT9RlLTOlUeFwhyphenhyphen3LIo79FsXQCRFIKzOUdNaJeroz7Q7AspOGU9g6RdK5P5tY1Fl_8FEZL-_MBuuCMuS0FkNXo7V/s1600/mca+hina+Islam.jpgArtikel : RAMAI penganalisis politik menyifatkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang mempunyai signifikan tertentu dalam episod terkini politik tanah air. Ia menjadi penanda aras bagi BN mengukur kestabilan pengaruh di kawasan kebal yang dikuasainya khususnya negeri Johor. Di masa yang sama, Dun Tenang juga menguji kemampuan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu Umno dan BN yang telah berakar sejak lebih 50 tahun lalu.

Satu lagi aspek penting yang patut dilihat adalah perubahan ' rupa dan pendekatan' parti-parti dominan Cina dalam meraih sokongan masyarakat Tionghua dalam suasana real politik yang ada.

Aspek paling ketara dilihat sepanjang PRK Dun Tenang adalah perubahan pada rupa, wajah dan pendekatan MCA dalam memperdagangkan isu ketika berkempen. Di masa yang sama, komitmen tinggi yang ditunjukkan para pemimpin DAP dalam membantu calon PAS juga berjalan seiring dengan wajah dan pendekatan parti itu yang begitu kontradik dengan persepsi dan tanggapan majoriti masyarakat Melayu negara ini; khususnya yang mempunyai kecenderungan politik terhadap Umno dan BN.

MCA yang dikenali sebagai parti kerabat BN yang moderat, moden dan toleran dengan realiti masyarakat majmuk di negara ini tiba-tiba muncul sebagai sebuah parti 'ekstremis sekular' yang tidak langsung mahu menghormati adab, tatasusila dan ajaran agama (dalam konteks ini Islam sebagai agama rasmi negara). Ini dapat dilihat daripada isu bersalam calon PAS dengan pengundi lelaki, usaha menakut-nakutkan kaum Tionghua dengan konsep negara Islam dan momokan terhadap hukum syariah khususnya hudud pada kelompok pengundi yang sama.

Malah anak Presiden MCA yang mewarisi kerusi parlimen Labis daripada ayahnya, pergi lebih jauh dengan berbohong kononnya calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan tindakan seorang peniaga Cina yang menjual arak di kedai kopi yang diusahakannya. Chua Tee Yong @ Chua Jr bagaimanapun gagal memberikan sebarang bukti terhadap dakwaannya itu apabila dicabar PAS. Malah berdolak-dalih kepada media apabila diminta mendedahkan perkara sebenar.

Tindakan Chua Jr ini dilihat tidak menggambarkan keberanian yang dimiliki ayahnya, Dr Chua Soi Lek yang mengaku sebagai lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Segamat. Keberanian Chua diiktiraf anggota MCA sehingga menobatkan beliau sekali lagi sebagai presiden parti setelah melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran skandal yang menjijikkan itu.

Sebelum kontroversi dicetuskan Chua Jr, ayahnya sendiri Chua Soi Lek memulakan kempen serangan peribadi terhadap calon PAS apabila mempersoalkan tindakan Normala yang memakai sarung tangan apabila bersalaman dengan pengundi lelaki.

"(Normala) memakai sarung tangan ketika berjabat tangan. Jika anda boleh menerima nilai Islam sebegini, undilah PAS," katanya.

Keceluparan Soi Lek ini disambut beberapa pemimpin utama MCA dan Gerakan seperti Naib Presiden MCA, Ng Yen Yen, Chua Jr, Fong Chan Onn dan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe.

Yen Yen dilaporkan berkata, "... mengapakah (Normala) membesar-besarkan isu berjabat tangan dengan pengundi lelaki?"

Chua Jr dalam laman Twitternya menyebut, "Normala memakai sarung tangan dan pembantunya sedang berjabat tangan bagi pihaknya. Sudah pasti dia akan mendakwa faktor kesihatan atau pun sebab peribadi."

Chan Onn menyindir melalui Twitter, "Apa akan berlaku jika (Normala) nampak seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu?" dan menambah, "Tidak bersalam adalah langkah pertama ke arah pengasingan jantina. Selepas itu lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berada dalam dewan yang sama..."

Lian Hoe pula berkata, "Bukan saja lelaki, tetapi dia juga memakai sarung tangan apabila berjabat tangan dengan perempuan. Ini tidak peramah, seolah-olah dia menganggap tangan kami ini kotor."

Kenyataan-kenyataan tidak beradab pemimpin MCA dan Gerakan ini sebaliknya mendapat kecaman daripada para pemimpin DAP. Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok dalam kenyataan medianya 'mengutuk keras' tindakan pemimpin MCA dan Gerakan itu dan menyifatkan mereka sebagai 'ekstremis'.

"Cemuhan pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan (terhadap Normala) membuktikan bahawa mereka tidak dapat menerima pengamalan agama yang berbeza daripada agama mereka sendiri. Mereka berkeras memaksa Normala untuk mengaibkan pegangan agamanya. Tindakan mereka seakan-akan memaksa seseorang 'vegetarian' untuk memakan daging.

"Hakikatnya, pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan ini merupakan ekstremis tersendiri. Segala sokongan mereka terhadap konsep 1Malaysia merupakan wayang semata-mata demi memelihara kepentingan politik mereka."

Menurut Teresa, sekiranya pemimpin MCA dan Gerakan benar-benar ikhlas mendokong konsep 1Malaysia, sudah pasti mereka memahami bahawa amalan agama adalah pilihan peribadi setiap orang dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan.

Sentimen Teresa dikongsi bersama seluruh pemimpin DAP. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng ketika berceramah di Dun Tenang menyifatkan tindakan MCA memomok-momok masyarakat Tionghua dengan isu bersalaman, negara Islam dan hudud bertujuan menghalang mereka (masyarakat Tionghua) daripada memahami Islam.

Pelbagai pihak khususnya badan NGO Islam mengecam kempen tidak beretika MCA ini. Umno yang pada mulanya berdiam diri terhadap tindakan menghina Islam para anggota kerabat BNnya akhirnya terpaksa 'memujuk' MCA supaya tidak lagi memainkan isu itu. Langkah itu dibuat setelah menyedari isu bersalaman calon PAS tidak mendatangkan kesan kepada pengundi Tionghua malah merugikan BN.

Semangat setiakawan yang ditunjukkan DAP dalam pilihan raya kecil Tenang perlu dijadikan renungan para pengundi Melayu. Mereka sewajarnya mengetepikan sentimen dan kecurigaan terhadap DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti ekstremis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam. Sentimen dan kecurigaan ini berjaya ditanam Umno sejak sekian lama sehingga sisi positif kehadiran DAP (sebagai sebuah parti pelbagai kaum dan agama) dalam politik negara tidak langsung dilihat.

PRK Dun Tenang berjaya memperlihatkan kita real politik tanah air masa kini. Ia memperlihatkan transformasi MCA daripada sebuah parti kaum Cina yang dianggap moderat, moden dan toleran kepada sebuah parti perkauman yang ekstrem dan anti-Islam.

Sebaliknya DAP yang selama ini dimomok-momokkan Umno sebagai parti chauvinis Cina, anti-Melayu dan anti-Islam berjaya menonjolkan imej yang moderat, mesra Islam dan reseptif dengan realiti kewujudan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia khususnya di Dun Tenang melakukan perubahan bagi masa depan negara dan generasi akan datang.

HUAN!!!

BERUBAH!!!

Read more ...

MCA dicabarkan pulang hak milik tanah

PKR cabar MCA pulang hak milik

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/18/180310_MPWATCH_LEEBC.jpgIPOH, 29 Jan. : Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Dr Lee Boon Chye mencabar Ketua Pemuda MCA Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon mengubah sebidang tanah seluas 1.2 hektar di bandar Meru Raya kerana didakwa menjadi tapak MCA sejak 2009.

Beliau memberi tempoh satu minggu kepada Hang Soon berbuat demikian dan meminta UMNO tampil melakukan perkara sama di sebuah lagi tempat yang dijadikan tapak di atas tanah seluas 1.204 hektar berhampiran kawasan berkenaan.

Beliau mendakwa, nilai 0.4 hektar tanah di kawasan itu boleh mencecah sehingga RM2 juta kerana ia berharga antara RM25 hingga RM50 bagi satu kaki persegi.

Sebelum ini, Boon Chye pernah meminta supaya kedudukan tanah itu diubah ke kawasan lain, tetapi selepas melihat pelan perancangan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) minggu lalu tiada sebarang perubahan.

Pihaknya mendakwa projek bandar Meru Raya sebuah projek pembangunan campuran di bawah Perak Corporation Bhd (PCB) iaitu anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang memudahkan MCA dan UMNO mendapatkan sebidang tanah.

“Kami kesal apabila melihat pelan pembangunan bandar Meru Raya terbaru yang dibekalkan MBI menunjukkan kedua-dua bidang tanah itu masih dilabelkan sebagai tapak MCA dan UMNO.

“Pada hal dalam Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang dikemukakan Julai tahun lalu, kawasan itu sepatutnya dijadikan tapak untuk membina institusi dan kemudahan awam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan PKR Negeri, Zulkifly Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang.

Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, ia jelas menunjukkan tanah simpanan untuk jabatan kerajaan dan kemudahan awam dalam proses diagihkan kepada kedua-dua parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional (BN).

“Kita desak siasatan penuh dibuat ke atas perkara ini bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab dalam pengagihan tanah berkenaan.

“Di samping itu, perkara yang sama perlu dilakukan di pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri bagi mengelakkan penyelewengan sama berlaku.

“Kami juga minta kedua-dua tapak itu dipulangkan kepada kerajaan negeri untuk kegunaan jabatan kerajaan dan kemudahan awam,” katanya.

Read more ...

Kabinet diarah letak jawatan tapi Hosni Mubarak masih di atas takhta

Mesir: Kabinetnya Di arah Letak Jawatan

KAHERAH, 29 Jan.: Presiden Mesir Hosni Mubarak yang berhadapan dengan protes besar-besaran sejak beberapa hari lalu, semalam dalam kemunculan pertama menerusi televisyen - meminta Kabinetnnya meletakkan jawatan.

Bagaimanapun Mubarak tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada beliau yang akan meletakkan jawatan selepas menerajui negara itu selama tiga dekad.

Mesir antara negara yang berhadapan dengan demonstrasi sejak dua minggu lalu termasuk di Tunisia. Katanya, beliau akan menamakan kerajaan yang baru hari ini. Malah kata Mubarak (gambar) beliau juga akan menekankan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik sambil menyifatkan protes antikerajaan di seluruh negara itu sebagai komplot untuk menjejaksan kestabilan di Mesir dan menghancurkan legitimasi kerajaan pimpinannya.

“Saya akan mempertahankan Mesir,” kata Mubarak dipetik beberapa media Barat.

Dalam ucapannya Mubarak juga mempertahankan tindakan pasukan keselamatan menangani demonstrasi dan kesal dengan kematian yang wujud ekoran tindakan keras ke atas mereka.

Read more ...

Cikgu Mala akan dapat sokongan kerana ada karisma

Cikgu Mala berkarisma, lebih bertanggungjawab


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim sehingga hari ini masih lagi gagal menjawab dakwaan terhadap beliau yang melelong tanah penduduk semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Oleh itu, beliau tentunya dilihat oleh orang ramai bukanlah sebagai seorang yang layak dipilih dalam pilihan raya Dun Tenang 30 Januari ini kerana tidak selayaknya menjadi pemimpin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya calon BN itu tidak bersalah, beliau pasti sudah dapat menjawab dakwaan terhadapnya itu, tetapi sehingga kini beliau tetap gagal menjawabnya.

Menurut beliau, sebaliknya, semua kenyataan yang dibuat oleh calon BN itu berhubung dakwaan tersebut bukanlah jawapannya, sebaliknya jauh menyimpang dari jawapan dan realiti sebenar.

"Keadaan itu amat jauh bezanya dengan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang sememangnya diketahui umum sebagai seorang yang baik, berkarisma dan bertanggungjawab.

"Keistimewaan Cikgu Normala itu bukan hanya pada mata saya, tetapi turut diakui oleh penduduk di kawasan Tenang sendiri dan mereka yang mengenalinya," katanya ketika ditemui di sini.

Selain itu, keistimewaan Cikgu Normala juga, katanya, boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai apabila beliau pernah dianugerahkan dengan anugerah guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri sewaktu beliau menjadi guru dulu.

Mohd Azahar sewaktu menjadi ADO didakwa dengan cuai telah melelong tanah seseorang secara tidak sah dan tidak mengikut prosedur.

Semua kesalahannya itu sudah terbukti apabila keputusan Mahkamah Tinggi Muar pada tahun 2008 sudah pun mengarahkan tanah tersebut dipulangkan kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kosnya.

Azahar akan dibicarakan di dalam satu tuntutan saman di mahkamah oleh pembeli tanah Mansor melalui lelongan tersebut iaitu Norhana Mohd Ali yang mendakwa terpedaya oleh Azahar, sehingga menyebabkan beliau membeli tanah Mansor secara lelongan yang disyaki palsu dan tidak sah itu.

Menurut Nurul Izzah, kes yang dihadapi oleh Azahar itu tidak mampu disembunyikan oleh beliau kepada orang ramai terutama kepada penduduk di kawasan Tenang, sehingga menyebabkan semakin ramai orang yang semakin hilang keyakinan terhadapnya.

"Ini amat berbeza dengan Cikgu Normala yang sememangnya semakin mendapat tempat di hati para pengundi di kawasan itu.

"Buktinya, semasa saya pergi ke Tenang Selasa dan Rabu lalu dan mengadakan ceramah di kawasan felda, ramai penduduk di kawasan itu yang hadir.

"Jumlah kehadiran mereka ratusan orang. Ini amat jauh bezanya ketika saya mengadakan ceramah di kawasan felda lain termasuk di kawasan Felda Suharto," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR.

Kehadiran dengan jumlah itu di kawasan felda, menurut beliau, merupakan satu jumlah yang besar.

Ini jelas membuktikan Cikgu Normala dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya itu semakin diterima oleh orang ramai, setelah didedahkan kepada orang ramai tentang keistimewaannya oleh para pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin Normala mempunyai harapan besar untuk menang dalam pilihanraya itu, memandangkan para pengundi di kawasan itu sendiri ternyata amat senang kepadanya.

Namun, beliau turut kesal kerana Umno atau BN terus menggunakan politik kotor dalam kempen mereka di Tenang, termasuk menggunakan politik mengugut para pengundi dengan ugutan yang bukan-bukan agar mereka tidak menyokong calon PAS.

Read more ...

Sah, Najib terdesak

Najib Semakin Terdesak Raih Sokongan Rakyat


SHAH ALAM 29 Jan. : Penasihat DAP Lim Kit Siang menyelar sikap Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pimpinan Umno-BN yang berterusan memburuk-burukkan nama baik pemimpin Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 ini.

Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Datuk Seri Najib Razak kerana membuat aduan kepada kerajaan Arab Saudi bahawa terdapat dua orang putera Diraja negara itu membiayainya dalam kempen pilihanraya.

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover newfunding channels for Taliban, al Qaeda" menamakan satu siasatan sulit telah dijalankan ekoran aduan Najib bahawa Saudi membiayai Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah rangkaian itu juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah mengesyaki dua pegawai kanan kerabat diraja Saudi terlibat dalam pembiayaan kepada Anwar dan ini menyebabkan Riyadh memulakan siasatan sulit.

Bagaimanapun laporan risikan Saudi berkata tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat.

" Bahawa pilihanraya kecil di Tenang ataupun dalam pilihanraya yang akan datang khususnya dalam piliharaya umum ke-13, Najib dan pemimpin-pemimpin Umno sangat khuatir akan kehilangan kuasa mereka dan mereka rela menggunakan segala muslihat dan taktik-taktik yang kotor untuk merosakkan nama baik pemimpin Pakatan Rakyat," kata Lim Kit Siang yang dihubungi TV Selangor.

Tambah Kit Siang lagi keengganan Najib Razak memberikan komen berkenaan perkara ini menunjukkan sikap lepas tangan pemimpin itu selepas perkara ini didedahkan kepada umum.

" Apabila Najib enggan membuat apa-apa komen tidak tahulah ia sukar untuk menjelaskan kenapa pendirian beliau. Ini sangat jelas bahawa Najib Razak sangat terdesak dan mengenai kemajuan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat yang memberikan satu alternatif politik kepada rakyat," katanya.

Kit Siang juga mempertikaikan tindakan Najib Razak keluar negara yang menggunakan wang rakyat bukan berusaha untuk menarik pelaburan asing ke dalam negara tetapi bersikap mengambil tindakan politik yang hanya merosot.

"Beliau lebih mementingkan kedudukan dan kepentingan politik beliau daripada masa depan negara, dan kita tahu baru-baru ini laporan Global Financial Integrity bahawa negara akan hilang modal dalam aliran wang haram berjumlah RM888 bilion dan itu sepatutnyanya menjadi perhatian beliau dan bukan perkara-perkara yang tidak benar," katanya lagi.

Read more ...

Kenapa Gobala tidak letak jawatan Ahli Parlimen sekali

N.Gobalakrishnan Lepas Semua Jawatan


KUALA LUMPUR 29 Jan. : Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.

Menurut Gobalakrishnan, beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru dipetik Malaysiakini.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.

Usaha Malaysiakini menghubungi untuk penjelasan lanjut belum berhasil.

Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikataakn enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab."

Read more ...

Pakar perubatan rawat Maarof nafi tohmahan Umno

Doktor nafi kliniknya menjual cuti sakit

LABIS, 28 Jan. : Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, di sini menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.

"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selsema.

"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata ia berkaitan hal pertukarannya ke Johor Bahru.

“Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari,” katanya.

Dr Siti Juriah berkata, berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau cadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu ke Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

“Bimbang masalah tekanan itu berterusan, saya mencadangkan beliau berjumpa doktor,” katanya.

Bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam.

Menurut Dr Siti Juriah, semua ahli keluarga Maarof mendapatkan khidmat di pusat perubatan itu, yang dibuka sejak 15 tahun lalu.

“Dua tiga hari selepas penamaan calon, tiga anak Normala juga mendapatkan rawatan selepas menghidap simptom demam, batuk dan selsema.

“Mereka kelihatan lesu, tidak bermaya dengan dihantar oleh Maarof mendapatkan rawatan,” katanya.

Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Maarof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat, Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Ketiga-tiga salinan surat sakit yang dikeluarkan kepada Maarof itu turut dimuat naik ke dalam blog tersebut menerusi entri bertajuk ‘PRK Tenang: Normala’s cheating husband has been keeping secrets from her’ yang disiarkan semalam.SH

Read more ...

Gambar - gambar di Tenang yang buat Umno sesak nafas

PROGRAM 1

Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah mega di Tenang malam tadi..





PROGRAM 2

Ribuan warga Cina hadiri Makan Malam Tahun Baru Cina bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Pekan Labis, Dun Tenang semalam..







Read more ...

Perkasa tak berdemo ka, Umno sahih tak demo sebab sendiri yang mencemar masjid

Umno cemari masjid

Oleh: Pria Malaya

Apa kes??..boleh ke berpolitik dalam kawasan masjid? boleh ke anjur program dan kempen parti politik dalam kawasan masjid masa pilihan raya?..boleh ke gantung bendera dlm kawasan rumah ibadat?..

Sultan benarkan ke?..tafsiran "politik" tu merujuk kepada parti pembangkang sahaja ke?..hanya parti berlambang 'dacing' dan 'keris' sahaja ke dibenarkan?..

Dasar hipokrit punya manusia..ternyata undang2 hanya terpakai kpd parti politik pembangkang..alasannya tak sokong kerajaan..alasannya tak dapat restu sultan..alasannya tak dapat lampu hijau dari jabatan agama..sah munafiq!

Mcm biasa, isu ini akan dikemaskini dalam link berikut, "Koleksi Umno/BN berpolitik dalam surau/masjid..(bukti bergambar dan video)"..fikir2kan..wallahua'lam..










VIDEO:
PRK Tenang : Bongkar !!! Umno Gunakan Masjid Untuk Berpolitik

Read more ...

PAS bukan pilihan tapi boleh menang


Hanya tinggal 12 jam tempoh berkempen, kurang 60 jam sebelum pemenang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang diumumkan, dalam cuaca sedikit dingin dan tenang, dua calon bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) dan PAS terus menghangatkan suasana Tenang.

Ketika ini, bagi kebanyakan pemerhati di kalangan media dan penganalisa politik negara melihat PAS yang bertanding dalam lubuk BN, sebagai parti bukan pilihan untuk menang dalam PRK ini.

Bagaimanapun, sasaran merapatkan jurang majoriti berbanding 2,492 undi dalam PRU-12 lalu sudah memadai bagi membolehkan PAS meraikan kemenangan moral buat mereka.

Berbanding BN, definisi kemenangan dalam PRK Dun Tenang bukanlah sekadar menang buat mereka tetapi perlu memperolehi kemenangan dengan majoriti lebih daripada 2,500 undi.

Ketika tempoh berkempen semakin suntuk, BN yang masih menunjukkan keyakinan tingginya, telah mula menunjukkan tanda-tanda terbabas daripada sasaran awal kemenangan majoriti berganda apabila memainkan isu keagamaan telah menjerat diri.

Ketika calon BN, Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman berhempas pulas untuk meraih undi maksima, gandingan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan anaknya Chua Tee Yong pula hampir tersepuk di sudut gelangang tatkala berhadapan dengan gandingan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Ramalan awal oleh pemerhati di kalangan media dan permerhati politik bagi kawasan majoriti pengundi Cina lebih cenderung menyebelahi PAS berbanding Umno dan BN.

Selain faktor kempen berkesan yang dijalankan oleh pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan itu dan keterujaan terhadap imej Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri berbangsa Cina dengan rekod pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus (CAT).

Kenyataan hina Islam memakan diri

Kedua-dua Chua dari BN ini, tanpa disedari turut membantu PAS. Soi Lek terutamanya, dengan kenyataan-kenyataan yang menghina Islam dan akibatnya telah memakan diri.

Sementara itu, walaupun menurut beberapa pemerhati baru-baru ini yang menganggap PAS masih gagal menembusi kubu BN di kawasan Felda, kesilapan memainkan isu agama oleh pemimpin MCA dan Gerakan sebelum ini dijangka mewujudkan beberapa tembusan kecil ke atas kubu mereka oleh PAS di kawasan terbabit.

Selain itu, faktor calon yang dikaitkan dengan isu kecuaian melelong tanah seorang penduduk Melayu di Pekan Jabi yang memaksa beliau menghadapi perbicaraan kedua kes yang sama Februari ini dan kenyataan Soi Lek yang dilaporkan dalam sebuah akhbar sebagai berkata “apa baiknya untuk mengetahui nilai atau tata susila orang Islam?” turut melemahkan kubu BN sendiri.

Taktik kehadiran beberapa pemuda berbaju ‘T’ dengan logo BN bagi menganggu ceramah pemimpin Pakatan juga mampu memberi padah kepada sokongan terhadap BN sendiri.

Berdasarkan perkembangan semasa di Tenang, telah wujud persepsi yang menunjukkan tidak mustahil bagi PAS mampu merapatkan jurang majoriti sehingga di bawah paras 2,000 undi atau lebih baik dari itu, sesuatu yang boleh dianggap kemenangan bagi PAS.

Bagaimanapun, pemantauan dan keberkesanan jentera kempen parti bertanding sepanjang baki masa kempen yang ada khususnya 12 jam terakhir mampu mengubah sokongan pengundi di saat akhir.

Dijangkakan, parti bertanding akan menggandakan kekuatan jentera kempen masing-masing dan meningkatkan serangan terhadap lawan dalam isu-isu yang memberi kelebihan bagi parti masing-masing dalam tempoh 12 jam terakhir.

‘Startegi melemparkan bom saat akhir’ khususnya 12 jam sebelum tempoh kempen tamat dianggap mampu memberi kesan maksima oleh kebanyakan jentera parti politik dalam negara ini dan ia adalah strategi yang kerap diaplikasikan dalam pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun BN dianggap mempunyai kelebihan dalam mengaplikasi strategi ini apabila mempunyai kawalan terhadap media-media utama yang hebahannya lebih meluas dan pantas sekaligus membolehkan BN dapat menjawab asakan dengan cepat dan membuat serangan lebih pantas.

Pemantauan berterusan dalam setiap isu yang dinaikkan oleh lawan masing-masing dalam tempoh 12 jam terakhir sebelum tempoh kempen berakhir dijangka bakal diberikan perhatian utama oleh jentera kempen kedua-dua parti bertanding itu.

Read more ...

75 % pengundi Cina, 60 % pengundi India sedia mengundi PAS

PAS menang jika berlaku 30 % pengundi Melayu mengundi PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/makkalsakhtikanan.JPGLABIS - Presiden Parti Makkal Sakhti Malaysia, R. Kannan yakin 60% pengundi India di DUN Tenang akan mengundi calon PAS, Normala Sudirman.

Beliau yang ditemui Buletinonline dekat Markaz Operasi PAS disini berkata, para petugas partinya telah berkampung selama lebih dua minggu di DUN terbabit.

Menurutnya, apabila petugas Makkal Sakhti bertemu dengan pengundi-pengundi India dibawah, majotinya dikampung Tenang Jaya dan mendapati. pengundi kaum India takut menyatakan sokongan secara terbuka.

(Gambar - R. Kannan (kiri) ketika ditemui Buletinonline malam semalam)

Mereka sebenarnya, kata beliau bukan tidak menyokong PAS namun mereka bimbang kepada ugutan dan disisikan dari mendapat bantuan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim berkata 75% pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sudah bersiap sedia untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Felda Cemplak disini semalam.

Ng yang fasih bertutur dalam bahasa 'Jawa' berkata, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh negeri itu.

Katanya wakil-wakil rakyat dari parti DAP telah menyokong peruntukkan tersebut membukti bahawa parti itu bukan sebuah parti yang anti Islam.

Beliau menempelak sebenarnya parti MCA lah yang menghina Islam dan hukum-hakam Islam.

Katanya, MCA menjadi 'sesat' kerana berkawan Umno/BN berbanding dengan DAP yang dapat memahami hukum-hakam Islam apabila bersama PAS dan PKR dalam muafakat Pakatan Rakyat.BO

Read more ...

Kerajaan PR Kedah cemerlang, Umno guna polis halang demokrasi?



Strategi mengekalkan perpecahan dalam Umno Kedah

Artikel : Lagi catatan rekod Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah iaitu berjaya melangkau paras defisit bagi tahun ini sebanyak RM19 juta. Maknanya, bila tengok dalam akaun pada hujung tahun masih ada lebihan wang.

Kerajaan negeri tidak perlu menadah tempurung pada kerajaan Pusat untuk membayar gaji atau membiayai pembayaran menampung defisit. Cerita tadah tempurung ini pernah berlaku semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN dulu. Sekarang pun masih berlaku, cuma bukan Kedah sebaliknya kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran BN.

“Ini juga adalah hasil usaha kerajaan negeri yang mengawal ketat pengaliran wang keluar, belanja berhemah dan hasil cukai pendapatan.

“Awal tahun saja kita telah melangkaui defisit, jadi apa yang dirancangkan dalam Bajet 2011 dapat kita laksanakan, jika kerajaan persekutuan tak bagi pun kita boleh buat,” jelas Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.

Ada lagi catatan menarik ialah hasil negeri Kedah tahun 2010 meningkat sebanyak 17.32 peratus, berbanding 2009. Hasil balak bagi tahun 2010 meningkat 562.5 peratus berbanding tahun 2007, walaupun diusahakan di atas keluasan yang sama. Peningkatan hasil bertambah dari tahun ke tahun sejak Pakatan mengambil alih.

Sultan Kedah dalam titah ucapan sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda mengucap tahniah kepada Menteri Besar Kedah kerana berjaya menerajui pentadbiran dengan baik dan berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.

Suasana ini, menurut baginda, telah memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan dengan kemasukan pelaburan asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan. Selain itu Langkawi Permata Kedah turut menjadi pilihan pelabur untuk memajukan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Sultan sebagai Payung Negeri turut mengakui kehandalan Menteri Besar.

Baru-baru ini satu kajiselidik telah dibuat oleh sebuah badan bebas menunjukkan bahawa majoriti pengundi di Kedah masih mahu mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Ertinya dari bawah hingga ke atas, semuanya menyenangi kerajaan yang ada. Itulah barangkali yang sangat memeningkan BN sehingga memaksa orang nombor satu parti itu turun ke Kedah melancarkan serangan.

Presiden Umno turun ke Sungai Petani melancarkan slogan ‘BN Menang, Kedah Senang’. Semua ahli Umno seluruh Kedah dikerah untuk hadir, malangnya kehadiran tidak sampai lima ribu orang. Apa yang dicanangkan Najib adalah bahan temberang lama yang diulang-ulang.

Agak melucukan apabila berkali-kali Najib bertanya hadirin, “Adakah kerajaan negeri (Pakatan) menunaikan janji yang dibuat dalam pilihanraya?” orang ramai buat tidak peduli.

Mungkin kerana kasihan melihat dia bertanya soalan berulangkali, barulah soalannya dijawab dengan terpaksa oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri sendiri dengan perkataan “Tidak.” Lemah bunyinya, kerana BN sendiri sedar bahawa sebahagian besar janji-jani manifesto Pakatan Rakyat telah ditunaikan.

Seperti Dr. Mahathir, Najib juga mengakui bahawa BN sukar merampas Kedah jika mereka berpecah sesama sendiri. Pengerusi BN itu tidak akan menyebut isu perkelahian dalaman parti mereka jika ianya tidak wujud.

Faktor perpecahan dalaman terbukti menjadi sebab penting BN kalah pada 2008. Perpecahan yang sedang dan bakal berlaku lebih sengit. Jangan harap pihak yang disabotaj dulu sehingga kalah, akan datang menyondol dengan tebal untuk menyokong seterunya dalam parti yang pernah mengkhianatinya dulu.

Harus diingat bahawa tahun 2008, PAS dan rakan Pakatan hanyalah pembangkang, modal cuma air liur. Sekarang PAS sudah boleh bersama rakyat di mana-mana kerana mempunyai rangkaian lengkap di semua peringkat, dari atas hingga ke akar umbi iaitu; exco, ahli majlis kerajaan tempatan dan Majlis Ketua Kampung. Rakyat sudah merasai air tangan kerajaan Pakatan Rakyat. Maka laluan untuk BN menjadi gelap, sempit dan berliku.

Najib turun ke Sungai Petani, kawasan di mana ahli-ahli Umno membaling kerusi dalam mesyuarat agung bahagian. Dia mengakui secara jujur bahawa semua pemimpin yang bertelagah itu adalah ‘orang-orangnya’. Itu baru cerita dalam satu kem iaitu kem Najib. Orang Muhyiddin Yasin atau lain-lain pemimpin Umno belum masuk campur. Kalau bertempur semua kem-kem dalam Umno, maka lagi hancur berkecailah Umno Kedah.

Isu yang berlegar dalam Umno sekarang ialah jika BN menang, Menteri Besarnya ialah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Perhubungan Umno kini. Ia sudah menjadi bahan persendaan sebahagian besar kakitangan kerajaan negeri kerana mereka kenal siapa Mat Bashah.

Dalam Umno sendiri beliau telah dibelasah habis-habisan oleh penyokong BN dalam medan maya. Itulah untung ruginya revolusi informasi melalui media kedua, segala isu dalaman organisasi tidak boleh dibendung. Seantero dunia tahu bahawa Umno Kedah sedang berpecah dan Mat Bashah tidak dapat diterima secara solid oleh seluruh kepimpinan Umno negeri.

Perkembangan terbaru semua ceramah politik Pakatan Rakyat secara terbuka dilarang di Kedah. Sewaktu Najib berkempen di atas pentas BN di Sungai Petani, ratusan polis berkawal di Tualang, Pokok Sena untuk menghalang Datuk Mahfuz Omar dari berceramah. Ruang demokrasi makin disempitkan.

Pilihan yang ada sewaktu segala maklumat benar disekat dari sampai ke pemikiran rakyat, maka menyemarakkan perpecahan dalam Umno sepatutnya menjadi alternatif untuk meraih ‘undi tidak ikhlas’ (undi protes).

Soalnya bagaimana untuk mengekal dan menyemarakkan lagi perpecahan dalam Umno/BN? Ia perlukan perancangan. ZULKIFLI YAHAYA

Read more ...

Umno ugut pengundi bukti sokongan PAS bertambah

PRK DUN Tenang : Ugut Pengundi Umpama Taktik Ala Samseng


LABIS 28 Jan.: PAS-Pakatan Rakyat menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengugut pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang agar mengundi parti itu pada 30 Januari ini seumpama taktik ala samseng,dakwa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ini merupakan kempen ala gangster (samseng) dengan mengugut rakyat.

"Muhyiddin tidak patut peras ugut rakyat kerana ini tanggungjawab kerajaan pusat membangungkan daerah ini," ujar Mahfuz.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan media semalam berkata pengundi di DUN Tenang akan menanggung akibat sekiranya tersilap memilih PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Mahfuz berkata, walaupun PAS menang pada 30 Januari nanti, kerajaan pusat masih bertanggungjawab terhadap pembangunan daerah itu.

Jelasnya lagi, institusi kerajaan tidak akan diambil alih Pakatan Rakyat sekiranya menang pilihanraya kecil, justeru peranan kerajaan pusat tidak akan disentuh dalam sektor pentadbiran.

Mahfuz turut mengambil pendekatan PRK DUN Hulu Selangor pada 2010 yang bertukar tangan kepada BN, namun Pakatan Rakyat Selangor tetap menjalankan tugas sebagai kerajaan.

Read more ...

Calon BN hina mahkamah

Kenyataan Calon BN Menghina Keputusan Mahkamah


LABIS 28 Jan.: Penafian calon Umno-Barisan Nasional (BN), Azahar Ibrahim dalam kes kecuaian berhubung isu lelongan tanah tanpa kebenaran dianggap menghina mahkamah.

Pengarah Pilihanraya Kecil PAS, Salehuddin Ayub menyifatkan Azahar enggan mengakui keputusan mahkamah walaupun perintah untuk beliau membayar dengan kos kepada pemilik Mansor Mohamad telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Muar pada tahun 2004.

Justeru katanya, calon Umno-BN itu tanpa rasa segan terus menghina daya intelektual rakyat Tenang dengan penafian berterusan.

"Meskipun pendedahan yang PAS lakukan ke atas calon Umno sebelum ini bersandarkan fakta-fakta yang tepat dan disokong dokumen-dokumen mahkamah, beliau masih tidak malu untuk terus berbohong kepada rakyat di DUN Tenang," kata beliau pada sidang media.

Berdasarkan laporan akhbar The Star bertajuk 'Azahar unfazed by allegation' semalam, calon Umno-BN itu memberitahu pemberita bahawa beliau bukan pihak yang disaman dan hanya menjadi saksi dalam kes tersebut.

PAS yang mendedahkan perkara tersebut dua hari lalu terus mengecam Azahar dalam sidang media dan sesi penerangan yang berlangsung di sekitar daerah itu menjelang Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 30 Januari nanti.

Salehuddin berkata, tindakan Umno-BN meletakkan calon yang mempunyai rekod mahkamah membuktikan bahawa parti itu tidak mempedulikan aspek integriti, kredibiliti dan kelayakan terhadap calon yang diketengahkan sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.

"Calon Umno masih menganggap rakyat di Tenang adalah golongan yang tidak cerdik dan tidak dapat membezakan antara pihak yang disaman dengan seorang saksi," jelas beliau.

Dalam kes pada tahun 2003, Azahar pada ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan sengaja melelong tanah milik Mansor Mohamad seluas 8 ekar kepada Rohana Mohd Ali dengan harga RM70 ribu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Hakim Datuk Asmadi Asnawi pada Januari 2008 memutuskan bahawa defenden Azahar bersalah dengan melelong hartanah Mansor Mohamad secara haram.

Sejurus itu, pembeli tanah Rohana Mohd Ali menfailkan saman gantirugi sebanyak RM1.5 juta kepada calon Umno-BN itu dengan menamakan Azahar sebagai defenden pertama pada tahun 2009.

Mahkamah Tinggi Muar memutuskan tarikh sebutan kes pada 7 Februari 2011.

Read more ...

Hapus tol bukti Buku Jingga boleh dilaksana




PETALING JAYA 28 Jan.: Pengumuman Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menjelaskan selepas janji Buku Jingga mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan melaksanakannya sekarang.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri itu tetapi mahukan Najib berterus-terang dan mengesahkan bahawa kerajaan pusat tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

"Sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Tindakan ini katanya, bukti penerimaan Perdana Menteri terhadap janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi.

"Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah," tegasnya.

PKR akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.

Read more ...

Kredibiliti SPRM dipertikai

Sivarasa: SPRM Siasat Phang, Peguam Negara Kebal


SHAH ALAM 28 Jan.: Perletakan jawatan Tan Sri Robert Phang sebagai anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dianggap berani oleh Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

Jelas Sivarasa beliau menyokong tindakan Robert Phang yang jelas menunjukkan beliau sudah tidak mempercayai kredibiliti SPRM sebagai sebuah badan siasatan.

Sivarasa turut tidak menolak terdapat kemungkinan Peguam Negara ini berselindung disebalik kekebalan politik sehingga menyebabkan beliau langsung tidak boleh disentuh dengan siasatan pihak SPRM dan ini menyebabkan timbulnya pertikaian.

"Tafsiran orang akan buat adalah AG(Peguam Negara) kita sekarang ini ada perlindungan politiklah ataupun kekebalan, di mana dia ada pengaruh yang diusahakan di belakang dan nampak dia ada pengaruh dengan pihak-pihak tertentu.

"Pendirian Robert Phang adalah siasatan perlu diteruskan, malangnya ada unsur-unsur seolah-olah tidak mahu siasatan diteruskan dan ini menjadi pertikaian," katanya.

Beliau yang ketika dihubungi Tv Selangor turut melahirkan kekecewaan terhadap penyalahgunaan kuasa yang digunakan Tan Sri Abdul Gani Patail sekaligus mengakibatkan siasatan terhadap kes lain seperti rasuah tidak dapat dilakukan secara telus dan terbuka.

Phang hari ini mendakwa bahawa beliau telah menjadi subjek 'serangan berbisa' kerana meminta Peguam Negara, Gani Patail untuk membersihkan namanya dalam beberapa kes berprofil tinggi.

Antaranya skandal kerugian Penerbangan Malaysia (MAS) dan pemergiannya ke Makkah untuk menunaikan haji tahun lalu ditaja oleh Shahidan Shafie, seorang proksi bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli.

Sebelum ini, Robert Phang telah menyeru Gani untuk menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan padanya dalam laman web Malaysia Today mengenai spekulasi hubungan beliau dengan Shahidan sebagai bukti mengapa Gani tidak bertindak terhadap Tajuddin.

Tajuddin yang mentadbir MAS sehingga mengalami kerugian terbesar sebanyak RM8 bilion meskipun disarankan berbuat demikian oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis, Datuk Ramli Yusof.

Read more ...

Jangan tambah 'Pak Anguk' dalam DUN Johor

PRK DUN Tenang : Kredibiliti Cikgu Mala Kukuh


LABIS 28 Jan.: Walaupun Umno-BN menggunakan pelbagai cara untuk merendahkan kredibiliti calon Pakatan Rakyat DUN Tenang Normala Sudirman, namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaan Pimpinan Pakatan Rakyat dan pengundi DUN Tenang terhadap beliau.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Normala mampu membawa isu dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut beliau, menghantar seorang lagi calon BN hanya menambah golongan 'pak angguk' di DUN Johor dan tidak mampu menyuarakan kegusaran rakyat.

"Kita mahu dia bawa isu rakyat. Bukan kita mahu dia ke DUN setuju semua. Dah ramai dah wakil Umno di situ, cukuplah.

Yang tak payah belajar banyak. Nak jadi wakil rakyat Umno senang, cakap 'saya setuju'. Yang kita nak ialah yang boleh bawak bawak masalah. Masalah apa sekarang? harga barang," tegas Anwar.

"Jadi kalau tanya apa dia isu Cikgu Mala dalam PRK ini, jawab. Isu ekonomi, isu makan minum kita, isu pelajaran anak-anak. Isu hidup kita yang perlu diangkat Wakil Rakyat ni bukan wakil Menteri, bukan wakil Menteri besar. Tapi wakil rakyat. Kita guna istilah wakil rakyat begitu," katanya.

Anwar menyatakan demikian di hadapan pengundi dan warga Felda Chempelak Barat yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Labis.

Walaupun dalam hujan lebat, penduduk di situ setia menanti kedatangan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ramai lagi.

Sentimen sama dikongsi oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin yang percaya dengan ketokohan dan semangat Normala untuk menjadi suara rakyat Tenang dan Felda Chempelak ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang menegaskan bahawa wanita tidak harus dipandang rendah kerana mampu berjuang dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

"Saya nak berdiri di sini nak membuktikan pada rakyat bahawa wakil rakyat wanita mampu membawa isu masyarakat dan rakyat ke dalam Dewan Parlimen, begitu juga Cikgu Mala mampu membawa isu rakyat Tenang ke DUN Johor," katanya.

Malah Zuraidah turut yakin bahawa Normala akan menggunakan pengalaman dan ketokohan beliau sehingga diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pendidikan serta membanteras gejala sosial masyarakat di sini.

"Bayangkan Cikgu Mala masuk di DUN Johor bawa masalah pelajaran anak-anak kita? bagaimana prestasi dan pencapaian anak-anak di Tenang. Kalau lemah apalah sebabnya? Jadi dengan pengalaman dia, Cikgu Mala boleh membantu perbaiki sistem persekolahan, pendidikan dan sistem akhlak anak-anak kita di Negeri Johor ini," katanya.

Normala menghadapi calon BN dari Umno, Azahar Ibrahim kini sedang giat berkempen di seluruh pelusuk Tenang sebelum tempoh berkempen tamat esok dan proses pengundian adalah pada 30 Januari ini.

Read more ...

Najib 'meludah ke langit terkena muka sendiri'

PM Perlu Fokus Betulkan Ekonomi, Bukan Risik Pemimpin PR


PETALING JAYA 28 Jan.: Fitnah Umno-Barisan Nasional(BN) bahawa Pakatan Rakyat menggunakan saluran antarabangsa demi kepentingan politik tidak ubah seperti 'meludah ke langit terkena muka sendiri' ; apabila Presidennya sendiri yang sibuk memohon simpati dan bantuan antarabangsa untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini dilaporkan Cable News Network(CNN) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan menekan kerajaan Arab Saudi untuk menyiasat tuduhan beliau bahawa Anwar dibiayai tokoh-tokoh negara timur tengah itu.

Dalam satu kenyataan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata pihaknya sangat mual dengan tingkahlaku Najib itu, sedangkan sehingga sekarang Perdana Menteri masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini.

"Walaupun tindakan Perdana Menteri yang menyalahgunakan saluran diplomatik untuk kepentingan peribadi itu mengejutkan rakyat, keengganan beliau menyiasat aliran keluar wang haram sebanyak RM888 bilion itu saya kira lebih mencemaskan.

Umno-BN semakin taksub dengan jalan memfitnah dan menekan lawan sebagai satu-satunya cara berdepan dengan cabaran politik dari Pakatan Rakyat. Apabila dijemput berdebat mengenai Buku Jingga, Perdana Menteri menghamburkan serangan peribadi," katanya.

Di kala kebimbangan rakyat mengenai kemampuannya menghidupkan semula pelaburan swasta dan mencegah aliran wang haram sebanyak RM98 billion setahun memuncak, Perdana Menteri nampaknya lebih sibuk menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Ketua Pembangkang.

Laporan GFI sememangnya perlu diberi perhatian berat kerana kaedah dan data yang digunakan adalah benar dan diterimapakai di seluruh dunia.

Kaedahnya adalah berdasarkan model Bank Dunia yang merujuk kepada perubahan di dalam hutang luar negara (melalui data Imbangan Pembayaran negara) untuk menentukan ketirisan wang dan modal yang tidak dilaporkan mengikut undang-undang.

"Ketirisan wang dan modal ini disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ia selalunya bersabit sumber rasuah, kecurian dan pengelakan cukai. Model iniditerimapakai di seluruh dunia," katanya sambil mempertikai kenyataan seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang mempersoalkan kesahihan model ini.

Datanya pula adalah data rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, sepatutnya seorang Menteri Kewangan tidak akan tidur malam dengan pendedahan GFI itu, apatah lagi apabila statistik rasmi Bank Negara Malaysia sendiri menunjukkan angka negatif besar “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara yang telah berlanjutan sejak tahun 2005.

Statistik “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara merujuk kepada angka pengimbang bagi mengambil kira anggaran statistik dan laporan aliran wang keluar masuk yang tidak dilaporkan sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia. Maka, angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” bermaksud sama ada aliran wang tunai keluar yang dilaporkan adalah lebih rendah dari aliran wang tunai keluar yang sebenarnya berlaku; atau aliran wang tunai masuk adalah lebih tinggi dari yang sebenarnya masuk (atau gabungan kedua-duanya).

Sejak 2005, Malaysia telah mencatatkan angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” yang besar di dalam Imbangan Pembayarannya seperti berikut:

Tahun Angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam RM bilion
2005 27.8
2006 27.4
2007 17.8
2008 29.9
2009 17.9

Sumber: Bank Negara Malaysia, November 2010

Jumlah keseluruhan kemungkinan aliran wang tunai keluar negara yang dilaporkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya berlaku bagi tahun 2005 hingga 2009 adalan RM120.8 bilion seperti yang diakui oleh Bank Negara Malaysia sendiri.

Statistik rasmi dari Kerajaan Malaysia ini selari dengan pendedahan laporan GFI mengenai jumlah aliran keluar wang haram yang mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri menumpukan tenaganya memperbetulkan ekonomi negara dengan berbelanja secara berhemah dan bertindak segera ke atas pendedahan yang dibuat di dalam laporan GFI.

Usahlah beliau menghabiskan wang negara mengunjungi negara-negara asing dan menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read more ...

Hanya saksi mahkamah : Pengundi Tenang bukan bodoh

Calon Umno (Tok Ai) Terus Berbohong

Laporan akhbar “Azahar unfazed by allegation” (The Star 28/1/2011) jelas membukti- kan calon Umno bukan sahaja enggan mengakui keputusan Mahkamah tentang lelongan haram yang beliau lakukan malahan ianya membuktikan bahawa calon Umno terus dan terus berbohong kepada pengundi di DUN Tenang dan rakyat Malaysia umumnya.

Meskipun pendedahan yang Pas lakukan ke atas calon Umno sebelum ini bersandarkan fakta-fakta yang benar dan tepat yang disokong oleh dokumen-dokumen Mahkamah, calon Umno masih tidak malu untuk terus berbohong kepada rakyat di DUN Tenang.

Kenyataan calon Umno secara terbuka bahawa beliau bukan pihak yang disaman dan hanya semata-mata menjadi saksi dalam kes yang didedahkan oleh Pas menunjukkan calon Umno masih menganggap rakyat di DUN Tenang adalah golongan yang tidak cerdik dan tidak dapat membezakan antara pihak yang disaman dengan seorang saksi.

Tidakkah kenyataan calon Umno tersebut secara jelas cuba menghina rakyat DUN Tenang dengan menganggap mereka tidak mengambil peduli sama sekali sama ada calon Umno mempunyai integriti, kredibiliti dan kelayakan bagi mewakili rakyat DUN Tenang.

Kita ingin bertanya kepada calon Umno bagaimanakah beliau dengan secara mudah menyatakan bahawa beliau hanya seorang saksi dalam kes lelongan haram yang beliau lakukan ke atas hartanah seluas 8 ekar milik Mansor bin Mohamad sedangkan Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah secara jelas pada 29/1/2008 memutuskan bahawa hartanah Mansor dilelong secara haram oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah yang bertanggungjawab mendengar siasatan hartanah Mansor dan kemudiannya mengeluarkan notis lelong hartanah tersebut.

Adakah calon Umno ingin terus menghina daya intelektual rakyat Tenang dengan menyatakan bahawa Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi tidak arif atau tidak tahu membezakan antara saksi ( witness ) dan pihak ( party ) dalam tindakan saman Mansor. Kami melihat kenyataan calon Umno ini boleh juga dianggap menghina Mahkamah.

Adakah masuk akal jika calon Umno hanya menjadi seorang saksi dalam kes lelongan haram tanah Mansor beliau masih dijadikan sebagai pihak iaitu sebagai Defendan Pertama dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas beliau iaitu kes Guaman Sivil No : 23-14-2009 di Mahkamah Tinggi Muar.

Dengan kenyataan calon Umno yang terbaru ini kita tertanya-tanya adakah calon Umno tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana kenyataan beliau yang terbaru ini menunjukkan beliau seolah-olah bertindak di luar sedar.

Adakah rakyat Tenang ingin terus dihina oleh calon Umno dengan membiarkan beliau terus dan terus berbohong kepada rakyat Tenang.
Sidang Akhbar PAS PRK N.05 Tenang

Hj Dzulkefly Ahmad
Timb.Pesuruhjaya PAS Johor
MerangkapPengarah Operasi PRK N.05 Tenang
28 Januari 2011

Read more ...

Mat Said lepas kemarahan kepada pegawai kerajaan

Penjawat awam dinasihatkan berhenti jika tidak sesuai

http://media1.malaysiakini.com/159/1d6993068cc974a9afe9c34e0e61366d.jpgKUALA TERENGGANU, 28 Jan. : Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan penjawat awam di negeri ini tidak menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang mahu menjatuhkan institusi kerajaan.

Menurut Ahmad, mereka yang berkhidmat dengan sektor tersebut tidak patut memburukkan kerajaan atau membocorkan rahsia sulit hanya semata-mata menjadi penyokong parti pembangkang.

“Patut mereka melihat yang memerintah sekarang ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN), dia tidak boleh hentam kerajaan. Dia (sokong) politik lain, dia nak sabotaj kita pula.

“Buat kerja tidak betul, bocorkan rahsia kerajaan. Macam laporan audit, macam mana pembangkang dapat laporan awal. Laporan awal kita tidak boleh sahkan lagi..saya dapat yang sudah dibukukan, ini tidak betul,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas Bicara Eksekutif bersama beliau di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad bertegas, sekiranya mana-mana pihak merasakan sudah tidak sesuai bekerja di institusi kerajaan, mereka dinasihatkan meletak jawatan.

“Ada pegawai kerajaan yang bocor maklumat pada pembangkang, itu tidak betul, jadi macam dedalu, mula-mula tumpang sahaja. Kalau dia rasa tidak sesuai dengan jiwa dia, dia berhentilah.

“Kita tidak boleh ada orang berasingan. Jika kayuh satu perahu, orang lain kayuh ke depan, dia kayuh ke belakang, maknanya berpusing di situ sahajalah.

“Kakitangan kerajaan tidak boleh bersikap demikian, (lebih baik) letak jawatan (dan) jangan jadi macam anai-anai yang merosakkan dan mahu meruntuhkan bangunan,” katanya.

Read more ...

Ahmad Maslan Pengecut : Tak pernah dibuat debat 2 hari 2 malam

Anak tolak debat tertutup

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5lQiWw6No49WmkXboI1Pyma2qdHAO-x5FmrHad78Gy7PGWMfFtNEO7uq9PdCdl93DL4rW4-czfeALS0yO3obqywr7NlEEKnTjBhmVvnGbS8Cr3DHoiSdXWIlvhqvh4vnBvt9ZMXUuayQ/s1600/ahmad+maslan.jpgLABIS, 28 Jan. : Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menolak cabaran dialog secara tertutup yang dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, dialog tertutup tidak akan membuahkan jalan penyelesaian sebaliknya hanya mengecewakan.

“Cabar, kalau sekadar tertutup tidak perlu... saya boleh telefon dia, kerana saya ada nombor telefon dia.

“Jom kita makan ikan baung di restoran bandar Segamat dan duduk bersembang dengan dia, tak payah bawa wakil 15 orang, cukup dia dan saya.

"Sembang kedai kopi, kena teh... kena nasi, saya boleh sebut apa isunya. Tetapi apa maknanya dialog tertutup dalam keadaan tidak semua isu boleh dibuka," katanya.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Ketua Penerangan Pas Johor berkata, siri dialog secara tertutup ini telah dibuat sejak 15 tahun lalu dengan pelbagai individu tetapi hasilnya tetap sama, sangat mengecewakan.

“Ada rasionalnya debat terbuka dilakukan, supaya warga Felda terutamanya orang muda dapat dengar, boleh muktamadkan kalau beliau berjanji, anak peneroka boleh menjadi saksi.

“Biar anak peneroka jadi saksi dan persoalkan bila perumahan untuk generasi kedua ini, hari ini tahun depan... 10 tahun lagi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, biar timbalan menteri itu menjawab secara terbuka dan pihaknya akan pegang janji-janji dikatakan, kerana mereka telah menunggu terlalu lama.

“Saya tunggu sampai esok, sebagaimana debat saya. Kita akan tunggu di mana-mana, hatta di bilik gerakan BN, saya akan datang,” katanya.

“Tetapi sampai 28 Januari ini, sekiranya jawapannya (Ahmad) masih sama, saya akan isytiharkan bahawa Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan penakut dan tidak layak serta tidak berani untuk bertanggungjawab terhadap tanah rancangan Felda,” katanya.

Read more ...

"kita satu bangsa... berasal daripada seorang bapa iaitu (Nabi) Adam kemudian lahir pelbagai bangsa"

Undi PAS untuk erat perpaduan: Nik Aziz

NONELABIS, 28 Jan. : Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memilih calon Pas, Normala Sudirman bagi mengeratkan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam negara ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan pimpinan Pas di negerinya, Kelantan telah melakukan pelbagai kaedah untuk merapatkan jurang antara orang Islam dan orang bukan Islam.

“Bila ada pilihan raya kita perlu pilih (calon), tapi tidak tahu pilih, sekarang kita ada calon Pas.

“Di Kelantan ada orang kata kalau undi Pas, kita akan potong kamu punya. Ini saya panas hati, kita satu bangsa... berasal daripada seorang bapa iaitu (Nabi) Adam kemudian lahir pelbagai bangsa,” katanya malam, kelmarin.

Menteri Besar Kelantan itu mengatakan Kerajaan Kelantan tidak pernah membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

“Sebagai orang Islam semua tahu di Kelantan kita buat macam-macam untuk satukan rakyat, kita buat masjid di Rantau Panjang tapi bentuk seperti di China dengan tujuan untuk meredakan antara orang Melayu dan orang Cina.

“Tahun lalu kita buat Ekspo Cheng Ho, dia orang China tapi Muslim yang datang (ke Melaka) untuk redakan perasaan orang Melayu dengan orang China dan orang China dengan orang Melayu,” katanya.

Sebelum itu, Normala yang turut memberikan ceramah berkata, sudah tiba masa pengundi di DUN Tenang membuat perubahan besar selepas 53 tahun BN memerintah.

“Sudah tiba masa kita buat perubahan selepas 53 tahun merdeka, kita harus memiliki jiwa yang bersih daripada penjajahan.

“Buatlah satu perubahan dan keazaman demi masa depan, saya percaya pengundi bijak membuat pilihan, pilihlah seorang wakil rakyat yang boleh membawa suara di sidang DUN Johor.

“Saya merayu kepada pengundi untuk buat satu perubahan dan keazaman dalam memilih wakil rakyat,” katanya.

Read more ...

Mari baca jawapan Cikgu Mala dan Tok Ai semasa soal jawab, boleh nilai calon mana yang sesuai

mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan, tapi Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?


Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

(GAMBAR: Azhar kelihatan segan-segan untuk harungi air banjir manakala Cikgu Mala dilihat melakukannya dengan gembira)

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Ulasan : Tok Ai kaki karaoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu ketuhanan

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Ulasan : Haha Tok Ai kaki wayang sedangkan Cikgu Mala lebih memperuntukkan masa kaki wayang untuk mendidik anak-anak

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Pemenang : Seri


mStar: Makanan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Pemenang : Seri


mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?


Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ulasan : Tok Ai kaki melancong dan bangga tempat-tempat luar negara yang dilawati. Banyak tempat dilawati (duit ambik mana ni), tapi sayang Makkah tiada dalam senarai. Cikgu Mala lebih guna masa terluang untuk aktiviti bermanfaat dan khidmat pada masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Sukan apa yang anda gemari?
Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Ulasan : Golf permainan untuk orang malas dan buncit perut, bukan sukan untuk masyarakat. Tok Ai suka bersama kawan-kawan kaya, Cikgu Mala lebih bersama masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Bahasa yang anda kuasai?

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa


Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?


Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Ulasan : Tok 'dot dot' adalah gelaran kuno untuk golongan atasan, sedangkan cikgu adalah gelaran mulia orang berilmu

Pemenang : Seri


mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?


Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura

-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura? Heheh, haiwan yang suka mencari kelemahan orang untuk tonjolkan kepadanya!

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Ulasan : Allahu Akhbar! Jawapan ini menghurai segala-galanya untuk insan bernama manusia

Pemenang : Cikgu Mala (2 kali menang untuk soalan ni)


Mstar: Pelakon yang anda sukai?


Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Ulasan : Jelas siapa yang mengagungkan mat saleh kera di hutan dan siapa yang bangga dengan produk tempatan

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Ulasan : Jawapan Cikgu Mala sekali lagi menonjolkan ciri-ciri pemimpin kepada mayarakat

Pemenang : Seri

Read more ...