Friday, January 7, 2011

Suruhanjaya Siasatan Diraja rupanya bukan untuk siasat bagaimana Teoh mati

Selproa Tidak Puas Hati Pengumuman PM Penubuhan Suruhanjaya


SHAH ALAM 7 Jan. : Kerajaan Negeri Selangor khususnya Persatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Selangor (Selproa) tidak berpuas hati dengan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak untuk menubuhkan Suruhan Jaya Siasatan Di Raja berhubung inkues kematian pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor mendiang Teoh Beng Hock.

Dalam pada itu, Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok berkata penubuhan Suruhan Jaya Siasatan Di Raja yang diumumkan Najib hanya tertumpu kepada pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat Beng Hock dan bukannya bagaimana beliau mati ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sebenarnya selama ini keluarga mendiang Teoh Beng Hock telah mendesak Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat bagaimana beliau mati selepas disiasat SPRM.

"Tetapi selepas siasatan inkues yang mana Hakim kata dia tidak ada maklumat sama ada Beng Hock mati disebab bunuh diri atau dibunuh oleh orang lain.

"Kita lihat kerajaan Persekutuan tubuhkan Jawatankuasa Siasatan Di Raja yang tidak memenuhi apa yang dikehendaki keluarga Beng Hock yang untuk mencari sebab dan punca kematian beliau.

Menurutnya lagi, Suruhanjaya yang diarahkan Najib itu hanya tertumpu kepada isu hak asasi manusia dan prosedur siasatan itu.

"Saya rasa bidang kuasa atau pun objektif jawatankuasa ini memang agak mengecewakan dan pihak keluarganya dan orang ramai sudah tentu tidak akan berpuas hati.

"Manakala bagi pihak Kerajaan Negeri pula, Persatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Selangor (Selproa) telah pun menubuhkan satu jawatankuasa untuk mempertahankan kuasa mereka.

"Kita lihat mereka selama ini begitu prihatin dengan perkembangan kes inkues Teoh Beng Hock.

"Mereka juga akan turut tidak berpuas hati kerana tidak mencapai apa yang diperjuangkan selama ini iaitu untuk mencari kebenaran tentang macam mana Teoh Beng Hock mati.

2 comments:

Anonymous said...

Begitulah rupanya manusia yang menggunakan KUASA untuk menidakkan kebenaran ... Ingatlah Rakyat tidak akan menutup matanya hanya dengan Alasan dangkal , mengarut
yang hanya diada-adakan / direka oleh mereka yg........

Anonymous said...

Begitulah rupanya manusia yang menggunakan KUASA untuk menidakkan kebenaran ... Ingatlah Rakyat tidak akan menutup matanya hanya dengan Alasan dangkal , mengarut
yang hanya diada-adakan / direka oleh mereka yg........