Friday, January 7, 2011

Ini bukti taktik kotor Umno di Tenang

PRK Tenang : UMNO mula ugut orang kampung


KUALA LUMPUR, 7 Jan. : Walaupun hari penamaan calon belum tiba, pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang didakwa mula menerima ugutan daripada Umno supaya tidak memihak kepada PAS.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS Dun Tenang, Onn Jaafar mendakwa ugutan tersebut dilakukan ke atas orang-orang kampung sekarang.

“Kami mendapat laporan, sekarang ini Umno mula mengugut orang kampung supaya tidak mengundi PAS,” katanya semasa dihubungi Harakah Isnin lalu.

Dengan itu katanya, menunjukkan Umno sedang berkempen di Dun Tenang biarpun masa berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum tiba.


Sebaliknya beliau berkata, PAS hanya menjalankan gerak kerja di kesemua Unit Peti Undi (UPU) yang berjumlah 12 lokasi,

“Kita belum berkempen lagi cuma kita bermesra dengan masyarakat dahulu,” ujarnya.

Menurutnya, petugas-petugas luar pun belum turun lagi dan mungkin mereka akan turun selepas hari penamaan calon yang jatuh pada 22 Januari depan.

Mengulas mengenai persoalan gender dalam menentukan calon Onn berkata, semua kriteria sama ada lelaki atau wanita ada dalam senarai calon PAS.

Calon-calon itu katanya, orang tempatan dan memenuhi semua kategori.

1 comment:

pasulukinta said...

bila masa nya umno ini suci lagi bersih? sentiasa ada najis babi pada mereka