Sunday, September 5, 2010

Umno rosakkan negara, wajib diganti



KUALA LUMPUR, 6 Sept: Malaysia memerlukan pemerintah lebih adil berbanding pemerintahan Umno yang ada pada hari ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Berucap pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi beliau berkata, negara ini sudah rosak akibat amalan rasuah, kronisme dan pembaziran yang dilakukan pemerintah.

Lebih teruk katanya apabila isu perkauman cuba dihangatkan dalam usaha meraih sokongan politik.

Zaman Rasulullah dahulu katanya, keadilan menjadi teras kepada memilih pemimpin tanpa mengira faktor bangsa dan agama.

"Tak kira anak tempatan atau bukan anak tempatan kerana Rasulullah SAW sendiri bukan anak jati Madinah.

"Rasulullah s.a.w diberi mandat sebab rakyat yakin baginda boleh laksana keadilan untuk semua," ujarnya.

Isu perkauman dibangkitkan Umno katanya menunjukkan parti itu berada dalam keadaan terdesak selepas mereka ditolak oleh rakyat.

Beberapa amalan Umno itu menurut beliau, tidak ubah seperti amalan para pemimpin jahiliah Arab yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah.

"Seperti Arab Jahilah yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah (pembukaan kota Makkah), Umno pun sanggup buat apa saja asalkan pemikiran rakyat dan kerajaan pusat boleh terus dijajah," ujarnya.

Tambahnya, Umno lebih bimbang apabila orang bukan Melayu seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilihat lebih gigih memelihara kepentingan Melayu dan Islam di negeri Pakatan Rakyat itu berbanding zaman Umno.

"Kita di Malaysia pun perlu kepimpinan yang jauh lebih adil, kita perlu futuwwah (pembukaan) semacam yang Rasulullah buat (iaitu) ubah rakyat dari perhambaan sesama manusia pada perhambaan hanya kepada Allah," beliau menambah.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat agar tidak takut dengan propaganda media pro Umno, kononnya kepentingan Melayu akan terjejas sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan kelak.hrkh

Read more ...

PAS tunai tanggungjawab bantu rakyat


PARIT BUNTAR, 6 Sept. : PAS Parit buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong telah menganjurkan majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri peringkat DUN Titi Serong di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadan Abdul Bahrain Desa berkata, program yang diadakan saban tahun ini telah menjadi kewajipan kerana
kebajikan rakyat adalah tanggungjawab PAS dan wakil rakyat Parlimen dan DUN.

"PAS Parit Buntar sentiasa menekankan kebajikan rakyat, ini dibuktikan dengan pelbagai program kebajikan kepada penduduk seperti yang dianjurkan hari ini.

“Sumbangan pada hari berupa barangan keperluan serta wang belanja sempena aidilfitri yang bakal menjelang tiba” katanya

Bahrin berkata, sumbangan ini diserahkan kepada 170 orang terdiri daripada fakir miskin dan ibu tunggal melibatkan 27 cawangan di seluruh DUN Titi Serong.

“ PAS Parit Buntar sentiasa mengambil berat kepada mereka yang tidak bernasib baik dan sumbangan ini akan diteruskan walaupun selepas Ramadhan.

"Kita sentiasa turun terus ke rumah-rumah bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan pertolongan seperti bantuan kebakaran, membaiki rumah serta sumbangan fakir miskin" katanya

Sementara itu, penerima sumbangan Reduan Muhammad terharu dan melahirkan kesyukuran kehadrat Allah atas sumbangan yang diterima.

" Saya bersyukur kepada Allah atas sumbangan ini serta berterima kasih kepada PAS yang sentiasa prihatin kepada kami golongan yang kurang berkemampuan ini" katanya

Majlis penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim, YDP PAS Parit Buntar Harun Hashim, TYDP PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan NYDP PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin.


YB Dr. Mujahid memberi ucapan



Antara penerima sumbangan Aidilfitri


YDP PAS Tn. Hj. Harun menyerahkan wang sumbangan hari raya
kepada penerima


ADUN Titi Serong dan Abdul Bahrain Desa TYDP
PAS Parit buntar menyampaikan sumbangan

YB Dr. Mujahid menyampaikan sumbangan kepada penerima

Read more ...

BN rompak hasil negara untuk suku sakat

BUKIT MERTAJAM, 6 Sept: Prinsip agihan dan sumbangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah jauh berbeza dengan apa yang menjadi amalan dalam pelaksanaan Kerajaan Pusat pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan waris keluarga warga emas yang telah meninggal dunia di Dewan Mutiara, Bukit Mertajam semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta kepimpinan kerajaan negeri.

Anwar juga menyifatkan perbezaan dalam pelaksanaan sistem pemerintahan adalah begitu ketara antara pimpinan PR dan BN.

"Kita dalam PR tidak merompak hasil negara dan mengagihkan hasil rompakan kepada suku-sakat. Dalam PR juga kita tidak amalkan mengambil hak orang lain seperti yang diamalkan dalam BN serta agihkan sebagai sumbangan.

"Kelainan yang ada pada PR ini akan membawa banyak perbezaan yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat yang miskin dan terpinggir.

"Mereka yang miskin harus diberi keutamaan dalam pembelaan. Nasib mereka ini mesti diperjuangkan. Selagi pembelaan yang sewajarnya tidak diberikan maka yang miskin akan tetap miskin, manakala yang kaya akan terus menambah kekayaan," ujarnya lagi.

Tambah Anwar lagi, keadilan yang hendak ditegakkan boleh dilaksanakan sekiranya sikap angkuh dan bongkak tidak menjadi amalan dalam kepimpinan.

Dalam PR hasil yang diperolehi adalah melalui amalan perbelanjaan berjimat cermat dan bukannya melalui rompakan hasil negara dan diagihkan sebagai sumbangan kepada masyarakat miskin yang memerlukan pembelaan.

Oleh kerana kelainan yang ada pada PR, katanya maka nasib masyarakat di Pulau Pinang telah berjaya dibela oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi penghargaan kepada 107,625 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak RM100 setiap orang.

Sejajar dengan itu kerajaan negeri juga telah mula memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap waris apabila ibu atau bapa mereka meninggal dunia.

Sehingga 24 Ogos 2010, seramai 776 waris warga emas yang meninggal dunia telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapat sumbangan sebagai menampung kos urusan pengebumian.

Read more ...

PAS akan saman Zainudin Maidin
































KUALA LUMPUR, 6 Sept:
PAS akan menghantar surat kepada bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin (Zam) bagi meminta bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya terhadap parti Islam itu.

Pengerusi Lajnah Guaman PAS, peguam Mohamed Hanipa Maiden (gambar) berkata, jika Zam tidak berbuat demikian, beliau akan memfailkan saman terhadap Zam selepas hari raya ini.

"Saman ini akan difailkan atas nama Setiausaha Agung PAS," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.

Selain Zam, beberapa akhbar yang menyiarkan kenyataan Zam ini akan dinamakan sebagai defendan dalam kes ini, kata Hanipa.

Zainuddin sebelum ini mendakwa kononnya PAS meminta Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merampas harta orang cina ketika tragedi 13 Mei 1969 serta dakwaan kononya PAS menyebelahi Indonesia ketika konfrontasi antara Malaysia dengan negara tersebut.

Ia telah disiarkan dalam Utusan Online dan beberapa akhbar lain termasuk akhbar Cina.

Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat oleh PAS di seluruh negara bagi membantah kenyataan itu.

Semalam, Zam dengan angkuhnya mempertahankan kenyataan beliau itu.

Menurut Hanipa, kenyataan Zam itu adalah fitnah yang sangat jahat dan tidak bertanggungjawab terhadap PAS tambahan pula ia dibuat di bulan Ramadhan.

Beliau juga mendapati kenyataan itu memutar belitkan fakta sejarah.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyelar kenyataan Zam itu.

Hujah Zam itu, jelasnya, bukan sahaja dangkal malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya.hrkh

Read more ...

Polis hambur kata-kata perkauman kepada mangsa ragut


SHAH ALAM,5 Sept. : Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menuntut pihak polis memohon maaf secara terbuka kepada mangsa ragut, Loh See Mooi yang telah dihamburkan dengan kata-kata bersifat perkauman oleh seorang pegawai penyiasat ketika membuat laporan polis berhubung kejadian ragut terhadap dirinya.

Lip Eng juga memberi tempoh tujuh hari kepada Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan untuk mengumumkan hasil siasatan terhadap pegawai polis tersebut.

Hari ini atas arahan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar, pegawai penyiasat yang hanya dikenali sebagai 'Inspektor Shabudin' dari Balai Polis Kepong ditugaskan ke bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan terhadapnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Muhammad Sabtu Osman memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan tidak akan melindungi mana-mana anggota polis yang didapati melanggar etika kerja.

Ini berikutan laporan polis yang dibuat terhadap pengawai penyiasat tersebut oleh mangsa ragut bernama Loh See Mooi semalam di balai polis tersebut yang medakwa Inspektor Shabudin menyuruhnya pulang ke China sekira tidak mampu bercakap Bahasa Malaysia.

Dalam laporan polis beliau, See Mooi, 51, berkata beliau telah dirujuk kepada Inspektor Shabudin untuk siasatan lanjut laporan polis yang dibuat pada hari yang sama berhubung kejadian ragut terhadapnya.

Beliau diringi anak perempuannya Fong Ay Lian dan Lip Eng ke balai polis itu.

"Apabila dsampai di pejabat Inspektor Shabudin, Ay Lian mula bercakap dengan Inspektor Shabudin dengan bahasa Malaysia tetapi Inspektor Shabudin enggan bercakap dengan Ay Lian sebab dia bukan pengadu.

"Inspektor Shabudin seterusnya berkata dengan saya,' Jika tak tak tahu cakap Bahasa Melayu, balik China.' Saya pun menjelas kepada beliau bahawa adalah hak saya untuk berada di Malaysia sebab saya warga Malaysia. Inspektor Shabudin kemudian pun mengambil kenyataan saya seperti tiada apa telah berlaku," kata See Mooi dalam laporan polis beliau.

Beliau mendesak agar Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan mengambil tindakan lanjut terhadap pegawai penyiasat tersebut.Lip Eng berkata pihak polis sepatutnya melayan semua pengadu atau mangsa jenayah dengan rasa hormat serta membantu sedaya yang boleh dan bukannya menghalau mereka atau memberi layanan buruk.

"Saya mengalu-alukan tindakan segera Ketua Polis Negara yang baru tetapi kita akan tengok dan lihat sejauh mana beliau akan bertindak untuk memperbaiki imej polis," kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Read more ...

Khir Toyol didakwa terima bonus serta insentif selama 8 tahun


SHAH ALAM, 5 Sept. : Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo didakwa mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima pelbagai faedah istimewa seperti bonus serta insentif daripada anak syarikat kerajaan negeri selama 8 tahun menerajui Selangor di bawah Umno-Barisan Nasional.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata atas dasar ketelusan dan keadilan, Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dengan tegas penerimaan sebarang pemberian bonus dari mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.

"Sebagai Menteri Besar ketika itu, Dr Khir Toyo tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima faedah istimewa seperti bonus serta insentif.

"Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada alasan politik untuk menolak faedah istimewa yang ditawarkan kepadanya sebagai pengerusi di dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajan negeri tetapi sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, beliau enggan untuk meneruskan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.

"Sebagai kerajaan yang menegakkan ketelusan serta kebertanggungjawaban, kerajaan Pakatan Rakyat percaya bahawa rakyat mesti dimaklumkan mengenai faedah istimewa dan bonus yang diberikan kepada wakil mereka yang memegang jawatan bukan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri," tegas Faekah dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru itu kata Faekah Dr Khir sekali lagi membuktikan ketakupayaan dan cetek ilmu pengetahuan beliau apabila tidak tidak mampu membezakan antara bonus yang diberikan organisasi korporat dan kerajaan.

Faekah berkata kenyataan Dr Khir berhubung bonus dan insentif yang ditolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan dasar urustadbir yang telus dan pentadbiran yang baik tidak diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Umno-Barisan Nasional.

"Ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (berkhidmat) di PNB dan Guthrie beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.

"Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak untuk mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu.

"Mungkin Dr Khir Toyo tidak sedar bahawa jika seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan. Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya bahawa seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat," jelas beliau.

Kata Faekah lagi, Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, jelas beliau, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri.
Dalam keadaan seumpama itu, Menteri Besar tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan disebabkan oleh konflik kepentingan.

"Menteri Besar bercadang untuk merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi membolehkan semua wakil kerajaan negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Tambah Faekah, Umno boleh terus mewajarkan keputusan serta polisi tidak jujur yang telah mereka amalkan sejak 53 tahun lalu, tetapi mereka dingatkan bahawa rakyat kini lebih berpengetahuan dan tidak akan teragak-agak menghukum pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi.

"Dalam Islam bukan saja niat perlu betul, tetapi jalan yang digunakan, matlamat dan cara juga mesti mesti," katanya.

Read more ...

Peluang cerah Pakatan di Sarawak


BUKIT MERTAJAM, 5 Sept. : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi dan seterusnya menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Beliau membuat pengamatan demikian berdasarkan kepada perkembangan politik serta sokongan rakyat yang memberangsangkan terhadap Pakatan Rakyat Sarawak lantas memberikan gagasan itu bertapak dengan lebih kukuh untuk melebarkan pengaruhnya di negeri Bumi Kenyalang itu.

Ini juga berdasarkan kepada makluman yang diterima semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak pada 31 Ogos dan 1 September lalu mengenai aktiviti serta persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Sarawak.

Menurut beliau walaupun sokongan yang diterima daripada rakyat Sarawak adalah menggalakkan namun media arus perdana sentiasa menyiarkan laporan negatif mengenai Pakatan Rakyat Sarawak.

"Mereka tidak akan melaporkan apa yang benar. Inilah sikap media yang tidak memberi ruang dan menyatakan kebenaran apa yang berlaku dan inilah sepatutnya mereka lakukan.

“Namun begitu kita akan terus mempertingkatkan usaha dalam menapak di sana menjelang pilihan raya negeri yang akan datang bagi membela nasib rakyat di sana," kata Anwar selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 99 pegawai masjid dan penggali kubur di Masjid Tuan Abdullah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti semalam.

Kali terakhir Sarawak mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah pada 20 Mei 2006 dan tempoh matang Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat pada 24 Julai 2011.

Pada PRN 2006 Barisan Nasional memenangi 62 daripada 71 kerusi DUN.

Read more ...